Berita Harian

FBM KLCI ditutup 1,722.47 mata

Minat belian sederhana saham mewah, bermodal kecil pacu bursa

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini berikutan minat belian sederhana, kata pedagang.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.55 mata lebih tinggi kepada 1,722.47 berbanding 1,721.92 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka 0.53 mata lebih tinggi kepada 1,722.45 dan bergerak antara 1,719.12 dan 1,727.39 sepanjang hari.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 473 berbanding 444, dengan 363 kaunter tidak berubah, 440 tidak diniaga dan 23 lagi digantung. Volum meningkat kepada 3.92 bilion unit bernilai RM3.25 bilion berbanding 3.78 bilion unit bernilai RM3.08 bilion ketika ditutup semalam.

Bursa serantau merosot

Pedagang berkata, Bursa Malaysia berupaya melihat sedikit permintaan belian untuk saham mewah dan bermodal kecil ketika kebanyakan bursa serantau merosot berikutan sentimen belian yang negatif.

“Pelabur berhati-hati menjelang jangkaan kenaikan kadar faedah AS, dijadual diumumkan pada akhir mesyuarat dua hari Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Rizab Persekutua­n,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.85 dan IHH naik tiga sen kepada RM5.87.

Tenaga jatuh empat sen kepada RM13.74 dan Public Bank susut dua sen kepada RM19.84.

Dalam kalangan saham aktif, Borneo Oil menokok satu sen kepada 18 sen, Iskandar Waterfront melonjak 21 sen kepada RM2.80, Bio Osmo menambah 3.5 sen kepada 10 sen dan Luster Industries naik 1.5 sen kepada 11 sen.

Indeks Emas FBM meningkat 4.89 mata kepada 12,175.14 dan Indeks FBMT100 menambah 0.70 mata kepada 11,833.01.

Indeks Syariah Emas FBM susut 16.68 mata kepada 12,570.52.

FBM Ace menokok 52.50 mata kepada 5,372.65, tetapi FBM 70 turun 10.73 mata kepada 14,143.65.

Dari segi sektor, Indeks Industri meningkat 4.23 mata kepada 3,242.59 dan Indeks Kewangan menambah 32.55 mata kepada 15,482.48. Manakala Indeks Perladanga­n merosot 4.33 mata kepada 8,111.65.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.92 bilion unit bernilai RM3.25 bilion berbanding 2.93 bilion unit bernilai RM2.94 bilion semalam.

Volum di Pasaran ACE menurun kepada 466.22 juta saham bernilai RM88.03 juta berbanding 590.95 juta saham bernilai RM104.03 juta pada Isnin.

Waran meningkat kepada 266.55 juta unit bernilai RM27.14 juta berbanding 257.04 juta unit bernilai RM34.1 juta semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia