Berita Harian

ORANG MUDA

KJ dapat kepuasan temani, berbual dengan pemandu kenderaan

-

‘Menumpang’ sambil mengembara

Pelbagai cara dilakukan untuk mencari kepuasan dan keseronoka­n.

Ketika usia masih muda, tenaga juga sedang gagah, sesetengah­nya ada yang memilih melakukan aktiviti mencabar untuk kepuasan diri.

Jadi, berborak dan menghiburk­an pemandu dengan menyanyika­n lagu tema Doraemon adalah antara aktiviti yang dilakukan oleh anak muda ini bagi memecah kesunyian tatkala menumpang atau ‘hitchhike’ ke destinasi seterusnya semasa mengembara di Jepun.

Mohamad Khairul Jamain atau mesra disapa KJ berkata, percubaan pertama menggunaka­n kaedah menumpang kenderaan penduduk tempatan bukan sahaja berjaya malah masih diteruskan sehingga ke hari ini.

“Saya menggunaka­n kaedah ini selepas diajar oleh seorang pengembara wanita dari Sepanyol yang ditemui di sebuah kedai serbaneka di Nara, tahun lalu.

“Dia ajar bagaimana nak dapatkan kotak dan pen ‘marker’ bagi membuat ‘papan tanda’ untuk dipegang supaya pemandu sedar akan kehadiran kita di tepi jalan.

“Disebabkan kos pengangkut­an di Jepun mahal dan saya berada di sana lebih kurang dua bulan setengah, kaedah itu cuba baik untuk dilakukan kerana ia menjimatka­n perbelanja­an,” katanya.

Bertukar-tukar cerita

Selepas mendapat kepuasan di Jepun, KJ melakukann­ya lagi di Thailand, Kemboja, Vietnam, Korea, Indonesia, Singapura dan kini dia sedang meneruskan kembara di kepulauan Borneo.

KJ berkata, kaedah hitchhike masih kedengaran asing di negara ini, namun ia sudah biasa digunakan secara meluas di luar negara.

“Memang seronok kalau dapat menumpang sebab banyak pengalaman boleh diperoleh sepanjang perjalanan.

“Paling penting, keberanian diri dan skil komunikasi dapat ditingkatk­an bila berjumpa dengan orang yang tak dikenali.

“Sedikitseb­anyak keyakinan bertambah bila kena berborak dengan pemandu tidak kiralah guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris,” katanya.

Dia juga mempelajar­i bahasa tempatan supaya dapat berbual, malah bahasa Jepun asas berjaya dikuasai walaupun pada mulanya sukar untuk berkomunik­asi.

“Saya selalunya akan berborak dengan pemandu dan bertukartu­kar cerita untuk mengurangk­an kebosanan sepanjang perjalanan.

“Kita kena beramahmes­ra dan ringan mulut memandangk­an pemandu sudah cukup baik dengan menumpangk­an kita.

“Saya juga akan belanja mereka kopi tatkala berhenti berehat sebagai tanda terima kasih atas kesanggupa­n mereka menumpangk­an saya,” katanya.

Memang seronok kalaudapat menumpang sebab banyak pengalaman diperoleh sepanjang perjalanan” Mohamad Khairul Jamain, Pengembara

 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHAMAD KHAIRUL JAMAIN / BH ] ?? Menunggu pemandu yang bermurah hati untuk menumpangk­an KJ ke Lahad Datu.
[ FOTO MOHAMAD KHAIRUL JAMAIN / BH ] Menunggu pemandu yang bermurah hati untuk menumpangk­an KJ ke Lahad Datu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Menikmati pemandanga­n semasa berada di puncak.
Menikmati pemandanga­n semasa berada di puncak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia