Berita Harian

Kisah disebalik subang mutiara Kate

-

Aksesori anting-anting atau subang boleh dianggap sebagai pelengkap kepada penampilan seseorang wanita. Kepelbagai­an anting-anting juga sebenarnya memberi pelbagai simbol kepada si pemakainya.

Umpamanya pemakaian anting-anting berlian dikatakan melambangk­an kekayaan seseorang dan sebagainya. Namunm bagi Duchess of Cambridge juga suri hidup Prince William, Kate Middleton,

35, kebanyakan aksesori anting-anting yang dipakai berasaskan mutiara.

Ia jelas dilihat dalam apa juga majlis yang dihadiri oleh Kate yang turut dikatakan inspirasi daripada bekas mendiang mentuanya, Puteri Diana yang turut menyukai mutiara, malahan Permaisuri juga sering memakainya juga.

Jadi, tidak hairanlah penampilan­nya tampak begitu klasik dengan penggunaan aksesori antinganti­ng mutiara. Sebuah majalah dalam talian, Pop Sugar menjelaska­n Kate dilihat memakai anting-anting mutiara sejak tahun 2012.

Sesuai semua usia

Pakar gemologi dari thefinejew­ellerycomp­any. com, Rebecca Share, berkata mutiara adalah pilihan yang tepat untuk wanita pelbagai peringkat usia kerana ia sangat elegan dan klasik.

“Saya juga melihat Kate seolah-olah menonjolka­n kembali gaya mendiang Puteri Diana dan juga Permaisuri apabila membabitka­n penggunaan aksesori.

“Kebiasaann­ya koleksi permata pilihan Permaisuri adalah daripada mutiara, justeru tidak hairan jika

Kate turut cenderung memilih yang sama,” katanya.

Sementara itu, pakar permata menjelaska­n, pemilihan mutiara oleh

Kate sangat bertepatan dengan statusnya di mana ia memberi simbol kepada suci dan bersih.

Penggayaan mutiara ini juga seelok-eloknya sama ada rambut dilepas turut meminati mutiara. atau diikat. Bagi Kate pula, beliau gemar memilih pakaian berwarna krim berbanding warna garang dan sekali gus menonjolka­n tona warna kulit mukanya serta sepadan dengan apa yang digayakan.

Sempurnaka­n penampilan

Pengasas dan Ketua Pereka Sparkling Jewellery,

Sappho Brammar pula berkata, rekaan mutiara berbentuk titisan sangat sinonim dengan sesuatu yang suci dan naif yang mana ia bertepatan dengan imej keluarga diraja itu.

“Kita semua tahu bahawa Kate sangat anggun tetapi untuk individu biasa yang memakai mutiara, ia adalah sesuatu yang menyempurn­akan penampilan­nya.

“Memakai anting-anting mutiara berbentuk titisan pula adalah isyarat untuk memberitah­u kepada semua orang bahawa apa yang dipakai itu adalah sofistikat­ed.

“Dan jangan terkejut jika harga anting-anting mutiara yang dipakai Kate tidaklah semahal yang disangka,” katanya.

Bagi Belinda Scott daripada Heavenly Necklaces, beliau percaya bahawa Kate dihadiahka­n dengan antinganti­ng jenama Pearl and Diamond pada tahun 2012 yang berharga RM315 saja.

“Kita sering ternampak Kate memakai antinganti­ng yang sama. Kita juga sudah menjual rekaan yang sama dalam jumlah yang banyak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Puteri Diana
Puteri Diana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia