Berita Harian

‘Hati Lisa’ rekaan inspirasi ibu, anak

50 rekaan sedia pakai gabung idea Lisa Surihani, Jovian

-

Keluaranpe­rtama koleksi Jovian (RTW) gandingan bersama selebriti, Lisa Surihani sebelum ini, berjaya mencuri hati wanita seluruh Malaysia.

Justeru, pereka dan selebriti ini sekali lagi muncul dengan koleksi terbaharu dikenali,

Berpenampi­lan anggun apabila muncul di karpet merah hinggalah ke pakaian harian, koleksi cetusan idea Pelakon Wanita

Terbaik di Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia, ini menggambar­kan minatnya yang mendalam terhadap dunia fesyen.

Diberi nama ‘Hati Lisa’ untuk koleksi edisi kedua, sebanyak 50 rekaan antaranya baju kurung moden, baju

dan potongan simetri diketengah­kan. Terdapat juga 10 rekaan hijab dan 20 rekaan untuk kanakkanak serta minyak wangi bagi melengkapk­an gaya.

Mengambil inspirasi gabungan ibu dan anak iaitu cahaya mata Lisa, Yahaira Leanne, koleksi fesyen diketengah­kan pastinya menarik perhatian ramai.

Lebih menarik, dapat memberi keserasian apabila menggayaka­n fesyen sedondon ketika perayaan atau menghadiri majlis rasmi.

Trend terkini

Ketua Pegawai Eksekutif dan pereka untuk Jovian RTW, Jovian Mandagie, berkata peluang kerjasama ini sekali lagi membuka mata beliau dan Lisa untuk memahami fesyen dalam pelbagai perspektif.

Katanya, koleksi ini membantu dirinya untuk memenuhi cabaran ini dan mempelajar­i apakah erti sebenar fesyen.

“Edisi kedua ini memperliha­tkan gadis moden cantik dengan trend terkini menerusi sikap funky yang dimiliki Lisa Surihani. Perhiasan dan potongan baju yang dipilih semestinya digemari ramai, di samping padanan pelbagai corak optikal kepada corak terang dan jelas. Ia juga dihasilkan dengan kasih sayang, kegembiraa­n dan direka khas untuk mereka yang mempunyai semangat sama dalam kehidupan iaitu meraikan kehidupan dengan pakaian cantik,” katanya ketika ditemui selepas pertunjuka­n koleksi di The Ritzcarlto­n di ibu negara, barubaru ini.

Rona untuk semua

Jovian berkata, tona warna untuk koleksi edisi kedua ini merangkumi hampir semua warna antaranya biru, kuning, ungu, oren dan pelbagai lagi untuk memberi kesegaran serta kesesuaian buat pemakai di kalangan semua peringkat umur.

Katanya, jenis kain crepe, satin, renda dan sifon yang mana menjadi kegemaran ramai digunakan untuk memberi keselesaan, memudahkan pemakai bergerak malah sesuai dengan cuaca di Malaysia.

“Apabila Jovian mengeluark­an koleksi, kami tidak memberi had pilihan warna kerana setiap warna boleh dipadankan dan dipilih mengikut persetujua­n keluarga. Terdapat warna terang, suram, gelap dan sebagainya untuk semua mengikut kesesuaian majlis.

“Ia diserikan lagi dengan perincian manik kaca, kristal Swarovski, batubatu dan sulaman pada corak abstrak, renda serta bungabunga­an untuk penampilan eksklusif namun tidak keterlalua­n bagi menyerlah keayuan dan sisi feminin wanita,” katanya.

 ??  ?? Lisa dan anak, Yahaira Leanne menggayaka­n pakaian sedondon.
Lisa dan anak, Yahaira Leanne menggayaka­n pakaian sedondon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia