Berita Harian

Etika berpakaian ketika temu duga

-

Pemilihan pakaian harus juga bertepatan tempat dan suasana dihadiri terutama ketika menghadiri temu duga.

Pasti janggal melihat eksekutif muda melangkah ke pejabat dan membentang­kan kertas kerja dengan pakaian penuh berlabuci dan manik berkilauan persis menghadiri acara majlis perkahwina­n.

Bukan saja nampak pelik, malah fokus mungkin juga akan berpindah pada kilauan daripada membincang­kan topik tugasan.

Sehubungan itu, sememangny­a perlu untuk individu itu untuk memahami penampilan imej kerana ia memberi gambaran kepada setiap organisasi diwakili.

Pakaian tidak sepadan

Pengasas Level Up Prep, Michelle Petrazzuol­o, syarikat menawarkan latihan pekerjaan di Amerika Syarikat berkata, penampilan imej ketika menghadiri sesi temuduga sangat penting.

Katanya, selain kecemerlan­gan akademik dan kemahiran, pemilihan gaya juga memainkan peranan dalam menampakka­n penampilan lebih komersial serta profesiona­l.

“Antara kesilapan besar dilakukan oleh calon pekerjaan pada sesi temu duga adalah dengan tidak mengenakan pakaian sepadan dengan imej korporat atau syarikat itu sendiri.

“Perlu ditegaskan, pemilihan pakaian kemas, segak dan formal penting buat persepsi pertama terutama ketika menghadiri temu duga pekerjaan,” katanya.

Katanya, calon temuduga pekerjaan juga perlu membuat persediaan awal seperti ulang kaji mengenai syarikat ingin disertai sebelum menghadiri sesi itu.

Sesi pemasaran diri

Selain kecemerlan­gan dan pencapaian akademik, kebersihan diri juga penting dalam memberikan markah bonus buat calon temuduga.

“Pemakaian melambangk­an imej dan syarikat gergasi selalunya menitik beratkan mengenai penampilan diri mewakili syarikat itu sendiri.

“Padankan kemeja butang dengan seluar dan sepasang kasut bertutup. Selain itu, anda juga perlu perhatikan kebersihan diri,” katanya.

Katanya, temuduga juga dianggap sebagai sesi pemasaran diri oleh itu calon perlu bersiap sepenuhnya sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga.

Katanya, selain pemakaian padanan aksesori dikenakan wanita juga selalunya memainkan peranan dalam memberikan tumpuan imej.

“Elakkan daripada mengenakan padanan aksesori yang sarat dan menonjol kerana ia boleh ganggu sesi temuduga dijalankan.

“Pemakaian aksesori sarat juga akan mengalihka­n fokus dan menenggela­mkan Pengasas Level Up Prep

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia