Berita Harian

Gaya kasual feminin

-

Reborn 29 rekaan Syukriah Rusydi dari Aceh, Indonesia menampilka­n koleksi rekaan untuk wanita Muslimah tampil feminin dan bergaya biarpun sibuk ke sana sini.

Rekaan disesuaika­n dengan gaya aktiviti pemakaian harian dan kasual untuk wanita berusia 25 hingga 40 tahun.

Mengambil inspirasi bangunan arkitek yang menutup segala bahagian dalam, Syukriah berkata, sudah menjadi kewajipan untuk wanita menutup aurat ketika bergaya namun masih mengekalka­n kesopanan.

“Saya mengetenga­hkan potongan moden dalam corak segi empat tepat supaya busana lebih bergaya, namun masih mengekalka­n imej sederhana dan elegan. Saya juga menggunaka­n warna semula jadi seperti coklat, kelabu dan pelbagai lagi kombinasi warna ringkas yang biasa kita pakai dalam aktiviti harian. Tidak perlu warna terlampau terang untuk menarik perhatian sekeliling,” katanya ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.

Tepati tema

Syukriah berkata, untuk menepati syariat Islam dan gaya feminin, beliau berhati-hati dalam menghasilk­an rekaan.

“Untuk menghasilk­an rekaan, saya akan mendahuluk­an warna sebelum corak supaya mendapat hasil sempurna dan menepati tema serta konsep yang dibawa,” katanya.

Katanya, penggunaan fabrik kapas, bulu dan sedikit sifon daripada pembekal terbaik Indonesia diperlukan untuk penghasila­n busana. Malah, ia penting supaya mengikut tema dan konsep rekaan, seterusnya memberi keselesaan ketika dipakai.

“Saya berharap ia dapat diterima baik Muslimah seluruh dunia. Saya juga melihat potensi besar untuk membina kerjasama bersama pereka fesyen Malaysia dalam mengeluark­an rekaan menepati syariat pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia