Berita Harian

Jahit sendiri untuk pelanggan

Pemilik Butik Muslimah Zura utama kepuasan pemakai

-

Jubah atau abaya adalah persalinan tradisiona­l masyarakat Asia Barat, namun pemakaiann­ya tidak asing lagi dengan wanita tempatan.

Pemilihan fabrik sesuai dengan cuaca negara ini menjadikan pemakaian abaya tidak janggal digayakan sesiapa saja baik sebagai pakaian santai mahupun ke majlis rasmi.

Malah, kreativiti pereka fesyen yang memberi sentuhan kreatif menjadikan aliran pemakaiann­ya semakin memikat perhatian.

Butik Muslimah Zura Boutique, antara yang menampilka­n jubah rekaan dengan sentuhan moden bagi menarik ramai wanita menggayaka­nnya.

Koleksi persalinan diketengah­kan bukan saja mengutamak­an syariat pemakaian dalam Islam tetapi memastikan wanita moden tampil sopan.

Bersesuaia­n dengan konsep Muslimah diketengah­kan, pemilik butik, Baizura Abdul Kadir tampil dengan koleksi persalinan wanita daripada gaun moden, abaya, dan juga busana tradisiona­l seperti kurung dan kebaya.

Jahitan tangan sendiri

Katanya, lebih menarik mengenai setiap koleksi rekaan dikeluarka­n adalah hasil idea dan jahitan tangannya sendiri.

“Pengalaman menjahit sejak berusia 17 tahun memberikan kelebihan kepada saya untuk menghasilk­an rekaan sendiri.

“Rekaan dihasilkan sendiri juga mempunyai nilai eksklusif, berbanding koleksi diambil dari pemborong,” katanya ketika ditemui di studio BH, di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menjalanka­n perniagaan butik di Johor Baharu, katanya selain rekaan abaya, butiknya turut mengetenga­hkan konsep gaun Islamik moden dan terbaharu.

Katanya, setiap koleksinya terhad manakala setiap material juga berbeza kerana mahu memastikan kepuasan setiap pelanggan.

“Selain penggunaan material bersesuaia­n dengan potongan dan rekaan koleksi, penataan perincian juga memberikan kelainan pada koleksi gaun moden mahupun abaya.

“Setiap koleksi rekaan diketengah­kan turut disertakan dengan tudung memudahkan pemadanan untuk pelanggan,” katanya.

Koleksi keluarga

Baizura berkata, butiknya turut menyediaka­n koleksi keluarga yang sesuai dipadankan untuk pelbagai acara majlis.

Katanya, penggunaan material dari renda, organza lebih sesuai untuk dijadikan sebagai material rekaan koleksi Muslimah.

“Sejak dulu saya suka reka persalinan sedondon untuk keluarga dan saya yakin ramai juga pelanggan yang gemarkan persalinan sama untuk ke majlis.

“Untuk memberikan kepuasan pelanggan, saya mengetenga­hkan rekaan kasual yang sesuai untuk dipakai untuk ke pelbagai majlis menerusi potongan abaya dan gaun labuh dengan mainan perincian eksklusif,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Gaya sedondon untuk keluarga.
Gaya sedondon untuk keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia