Berita Harian

Gaya kasual lelaki ke pejabat

-

Jenama Dockers menjadi antara pilihan dalam pemakaian kasual jejaka yang mementingk­an penampilan selesa dan bergaya. Justeru, sempena kedatangan musim bunga/ panas 2017, jenama itu menampilka­n koleksi “Casual Friday” yang menepati pencarian jejaka.

Koleksi menggantik­an pakaian tempat kerja daripada pemakaian sut yang formal ke pakaian kasual. Ini berikutan, pilihan seluar khaki diketengah­kan, memberikan hasil suai padan sempurna.

Jenama itu turut mengetenga­hkan konsep baharu bagi seluar kasual yang dapat dipakai ke tempat kerja dikenali, “The New Way To Work”. Rangkaian ini memberi tumpuan pada seluar ‘Clean Khaki’ yang memberi keselesaan dan fleksibili­ti sepanjang pemakaian serta membolehka­n jejaka tampil mengikut kesesuaian cita rasa.

Koleksi rangkaian seluar itu boleh didapati dalam tiga pilihan rekaan iaitu slim, slim tapered, dan extra slim.

Tiga ciri unik utama

Menariknya mengenai koleksi kali ini, kesemuanya didatangka­n dengan tiga ciri utama yang unik seperti jahitan yang minimum di bahagian atas untuk memberi kemasan rapi, fabrik regang memberi keselesaan sepanjang hari dan teknologi ‘bebas kedutan’ memastikan penampilan segak.

Koleksi ini juga direka untuk disuai padankan dengan penampilan baju berbutang dan kasut kulit kegemaran lelaki, menjadikan pemilihan pemakaian baju lebih mudah daripada hari Isnin sehingga hari Jumaat.

Dengan teknologi baharu dan kemudahan moden dalam penghasila­nnya, koleksi ini pastinya akan menjadi pilihan kegemaran setiap ahli perniagaan dalam memilih seluar kerja jenis ‘smart casual’.

Koleksi seluar ‘Clean Khaki’ boleh didapati di seluruh Malaysia bermula daripada 15 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia