Berita Harian

Dilema anak angkat pasangan lelaki

-

Mempunyai sebuah keluarga harmoni amat penting di dalam perkembang­an diri seseorang. Malah, dibesarkan oleh keluarga angkat seharusnya tidak dijadikan isu besar kerana yang utama ialah kasih sayang dan penjagaan yang sempurna dari aspek fizikal dan psikologi kepada anak yang dijaga itu.

Di dalam hal ini, Fayad haruslah berterima kasih kepada kedua-dua insan yang menjaga Fayad dengan kasih sayang dan memberi kehidupan yang baik.

Khuatir hilang sekelip mata

Walaupun mungkin Fayad ada sedikit pertanyaan dan persoalan di dalam diri, namun, pengorbana­n yang diberikan oleh kedua-dua insan ini perlulah dihargai.

Disebabkan Fayad sudah dewasa dan matang dalam meniti kehidupan ini, Fayad memang berhak untuk bertanyaka­n kepada penjaga Fayad mengenai ibu bapa Fayad yang sebenar.

Namun begitu,

Fayad juga perlu faham kemungkina­n mengapa penjaga Fayad masih tidak memberitah­u hal sebenar tentang diri Fayad. Kebanyakan pasangan atau individu yang mempunyai anak angkat mempunyai dilema kerana khuatir jika anak yang mereka jaga dan didik dengan penuh kasih sayang, akan hilang sekelip mata.

Berhati-hati dalam membuat pertanyaan

Fayad haruslah berhati-hati dalam menyusun kata, ketika mengutarak­an persoalan yang mungkin agak sensitif bagi penjaga Fayad. Fayad juga perlu memilih masa yang sesuai untuk bertanya.

Mungkin ketika kedua-dua penjaga

Fayad dalam keadaan yang tenang dan Fayad bersama mereka dalam situasi santai, Fayad boleh bertanyaka­n soalan ini dengan penuh diplomasi.

Fayad boleh mulakan dengan mengutarak­an betapa beruntungn­ya Fayad kerana dibesarkan dan dididik sehingga berjaya menjejakka­n kaki ke kolej.

Semua yang telah dikorbanka­n untuk

Fayad, adalah demi masa hadapan Fayad jua.

Tunjukkan penghargaa­n

Sekiranya Fayad merasakan bahawa mereka telah bersedia, maka Fayad boleh bertanya dari mana mereka mula mengambil Fayad sebagai anak angkat mereka.

Katakan yang Fayad akan bersikap positif untuk mendengar cerita dari mereka tentang diri Fayad. Bukan kerana Fayad merasakan tidak bahagia dengan kehidupan Fayad sekarang, tetapi sekadar ingin tahu. Ini akan memberi jaminan kepada penjaga Fayad bahawa Fayad tidak akan meninggalk­an mereka sekiranya Fayad mengetahui cerita sebenar.

Fayad juga perlu membuat persediaan diri untuk mendengar tanpa rasa tersinggun­g walau apapun yang akan diperkatak­an oleh mereka dan menunjukka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada penjaga Fayad kerana bersama dengan Fayad dalam apa jua keadaan.

 ?? [GAMBAR HIASAN ] ??
[GAMBAR HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia