Berita Harian

Muzik, fesyen bersatu

-

Tiga bintang terkemuka Bollywood, Preity Zinta, Bobby Deol dan Jackie Shroff bakal memeriahka­n majlis makan malam sempena Festival Ziryab Musiqa yang akan berlangsun­g di Pusat Persidanga­n Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 dan 18 Mac ini.

Selain tiga pelakon hebat India berkenaan, acara makan malam yang menjadi tirai pembukaan kepada festival itu, Jumaat ini, akan turut dimeriahka­n dengan persembaha­n penyanyi popular, Dayang Nurfaizah; bakat muda, Natasha Sass dan artis serba boleh, Afdlin Shauki, yang juga pengacara program malam terbabit.

Acara anjuran The

Wee Folk Entertainm­ent Sdn Bhd itu, yang bakal menyatukan muzik dan fesyen, turut menyaksika­n penyatuan tiga negara iaitu Malaysia, India dan Pakistan dalam satu festival.

Ia dibawakan oleh produk barang kemas, Ceres Jewels dan Malaysia Major Event dengan matlamat meraikan cita rasa Asia dan diilhamkan untuk menghimpun­kan bakat hebat tiga negara terbabit.

Fesyen mewah

Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Sri Navneet

Goenka, berkata pihaknya mengharapk­an festival berkenaan dapat dimanfaatk­an pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

“Hasrat saya adalah untuk memperkasa­kan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat tarikan pasaran barang kemas dan fesyen mewah serta menjadi pusat kebudayaan dan acara khas di negara ini serta seluruh Asia.

“Festival yang berlangsun­g dua hari itu akan dimulai dengan acara makan malam, 17 Mac ini. Selain Dayang, Natasha dan Afdlin, kami juga akan menghidang­kan persembaha­n daripada Komal Rizvi dan Aktar Chanal Zahri dari Pakistan.

“Ia turut diserikan dengan tarian istimewa dari The Lollypop

Group dari India yang diterbangk­an khas bagi menjayakan festival ini. Selain itu, tiga acara pertunjuka­n fesyen akan dilancarka­n pada malam itu oleh pereka, Navneet Goenka, iaitu Dara Shikoh dan Bombay Dreams, malah Datuk Sri Raja Rezza Shah juga akan turut melancarka­n rekaan berjudul Ramayana,” katanya pada sidang media di ibu negara, baru-baru ini.

Sementara itu pada 18 Mac pula, konsert bersama bintang terkemuka, Sunidhi Chauhan dan

Mika Singh serta Komal Rizvi dan Aktar Chanal akan berlangsun­g. Mereka akan bergabung bersama penari The Lollypop Group.

Mimpi jadi nyata

Bagi Natasha, tawaran menjayakan festival itu bagaikan mimpi apabila dirinya dapat berkongsi pentas

bersama bintang antarabang­sa.

“Sudah tentu saya bangga dan amat teruja apabila diundang untuk berada bersama beberapa nama besar, baik dari negara ini mahupun dari Bollywood dan Pakistan,” katanya.

 ?? [ FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH ] ?? Navneet Goenka (lima dari kanan) sebagai penganjur Ziryab Muzik Festival bergambar bersama-sama tetamu yang hadir di The Royala Chulan Hotel Kuala Lumpur.
[ FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH ] Navneet Goenka (lima dari kanan) sebagai penganjur Ziryab Muzik Festival bergambar bersama-sama tetamu yang hadir di The Royala Chulan Hotel Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia