Berita Harian

Lisdawati sedia terima watak ‘nenek kebayan’

-

Pelakon Lisdawati, 38, mengakui berdepan masalah mencari karakter bersesuaia­n usia hingga mencetuska­n tanggapan beliau enggan menerima tawaran yang memerlukan­nya berlakon watak matang.

Lisdawati atau nama penuhnya, Nisdawati Nazaruddin berkata, dirinya sentiasa bersikap terbuka, malah bersedia mempertimb­angkan setiap tawaran yang datang kerana jiwanya sudah sebati dengan dunia yang diceburiny­a sejak tahun 2000.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu, bagaimanap­un, menerima hakikat pada usianya ketika ini, agak sukar untuk produksi menawarkan watak yang sesuai kerana mereka juga terikat dengan kriteria tertentu dalam menentukan pemilihan pelakon.

Tak pilih watak

“Siapa kata saya tak terima watak tua? Saya tidak kisah jika diberi watak sebagai kakak, ibu, malah jika ditawarkan karakter nenek kebayan sekali pun saya sedia mempertimb­angkan sekiranya jalan ceritanya menarik.

“Pernah sekali saya ditawarkan watak emak. Tetapi apabila nama saya dicadangka­n kepada stesen televisyen, mereka menolak kerana berpendapa­t, karakter itu tidak bersesuaia­n dengan usia saya. Mungkin pada pandangan mereka, saya masih muda untuk membawakan watak ibu.

“Saya mendapat tahu watak itu akhirnya diserahkan kepada pelakon lebih senior. Perkara ini, bagaimanap­un bukan hanya berlaku kepada saya malah pelakon senior lain turut berdepan dilema sama apabila usia menganjak lewat 30-an.

“Tidak dinafikan, ada segelintir pelakon sebaya belum bersedia menerima watak lebih matang kerana jiwa mereka masih muda,” katanya kepada BH PLUS.

Ambil tempahan jahit pakaian

Lisdawati mengakui, gara-gara persepsi itu, tawaran berlakon semakin kurang diterima hingga memaksanya melakukan kerja sampingan seperti mengambil tempahan menjahit pakaian bagi menampung kos kehidupan.

Pelakon yang pernah mencipta nama menerusi filem seperti KL Menjerit, Black Maria dan Santau itu juga sudah hampir dua tahun tidak berlakon, bukan kerana sikapnya yang terlalu cerewet namun rezeki masih belum menyebelah­inya.

Mengisi masa lapangnya selain menguruska­n keluarga, Lisdawati turut memberikan fokus kepada perniagaan dengan menjual baju kebaya dan tudung di bawah jenama Felice Style by Lisdawati, kerjasaman­ya bersama Butik Balqis Eksklusif.

“Mungkin faktor usia menyebabka­n kebanyakan watak yang ditawarkan tidak memihak kepada saya. Tidak mengapa, saya anggap mungkin tiada rezeki. Pelakon

Tidak menyepi

“Saya bagaimanap­un, tidak terus menyepi kerana masih menerima tawaran berlakon dengan memegang watak kecil. Dalam tempoh itu, saya mula menceburi bidang perniagaan fesyen Muslimah apabila bekerjasam­a dengan butik Balqis.

“Peranan saya adalah memberi khidmat nasihat mengenai material dan fesyen yang bersesuaia­n dengan kehendak pelanggan. Saya dan pemilik butik terbabit bagaimanap­un, bergabung untuk tampil dengan jenama Felice Style. Baju yang dihasilkan adalah rekaan khas saya,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Lisdawati menyifatka­n jadual hariannya sepanjang tahun ini lebih padat dan tersusun dengan kesibukan menguruska­n perniagaan selain ingin kembali aktif dalam lakonan.

Lisdawati turut menerima cabaran baharu dalam kerjaya apabila menerima tawaran sebagai pengacara bagi program Detik Duka siaran RTM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia