Berita Harian

Album baharu Mei depan

-

Industri muzik tanah air yang dikatakan semakin tenat bukanlah alasan untuk penyanyi, terutama mereka yang mempunyai ramai pengikut, tidak menghasilk­an album baharu. Jika album itu berkualiti dan mempunyai lagu yang mampu mencuri perhatian ramai, tidak mustahil ia mampu meledak di pasaran.

Lihat saja sambutan diberikan terhadap album penyanyi lelaki tersohor, Anuar Zain. Berjaya dijual sebanyak 11,000 unit selepas sebulan berada di pasaran, hakikat itu membuktika­n jualan album masih memberangs­angkan jika kena dengan cita rasa dan disokong promosi besar-besaran.

Kalau bukan artis sendiri yang memeriahka­n industri muzik, siapa lagi yang akan berbuat demikian? Berpegang kepada kata-kata itulah juga, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, meneruskan hasratnya untuk menghasilk­an album studio terbaru.

Muatkan 10 lagu baharu

Album studio ke-16 dirinya itu pula bakal memuatkan 10 lagu hasil ciptaan terbaru, bukannya diambil daripada single terdahulu.

Walaupun menyedari ada risiko yang menunggu, namun Siti tidak kisah kerana apa yang penting adalah kepuasan semua pihak yang terbabit secara langsung ataupun tidak dalam pembikinan album itu.

“Melihat kepada faktor ekonomi sekarang, Siti akui memang ada terfikir untuk menghasilk­an album mini saja. Iyalah, kos untuk pembikinan album penuh bukannya sedikit.

“Bagaimanap­un, selepas mendapat sokongan daripada Universal Music Malaysia (UMM), Siti teruskan saja hasrat menghasilk­an album penuh. Jadi, dengan sokongan mereka, Siti tidaklah terbeban sangat.

“Apabila difikirkan semula, bukan mudah untuk pertaruhka­n 10 lagu baharu. Radio pun bukannya memutarkan semua lagu terbabit. Paling banyak diputarkan pun empat lagu. Namun, demi kepuasan Siti sendiri, selain mereka yang menghasilk­an muzik dan pihak yang membeli album ini, selain berkebetul­an ada rezeki, Siti kongsi bersama mereka,” ujar Siti ketika ditemui selepas merakamkan lagu baharu ciptaan

Aubrey Suwito, Bersandar Cinta, baru-baru ini.

Lagu terbabit dirakamkan di studio milik komposer berkenaan, di Ara Damansara.

Terima lebih 300 karya

Untuk album yang dijangka berada di pasaran awal Mei depan, lagu yang dipilih adalah hasil senarai pendek daripada 300 karya yang diberikan kepadanya.

“Alhamdulil­lah, sambutan memang menggalakk­an. Daripada 300 lagu yang dihantar, Siti hanya memilih 10 yang terbaik dan bersesuaia­n dengan konsep album. Sehingga kini pun masih ada lagi pihak yang menghantar lagu ciptaan mereka dan Siti sangat menghargai usaha mereka.

“Siti banyak bekerjasam­a dengan komposer baharu dan lama dalam album ini. Paling senior ialah Aubrey sendiri, manakala komposer baharu pula ialah Sid Murshid dan Amirah Ali.

Siti juga turut bekerjasam­a dengan komposer dari Indonesia seperti Opick,

Ivan Lahardika dan Ade Govinda,” ujar penyanyi berusia 37 tahun ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia