Berita Harian

Cari identiti sendiri

Inisiatif tingkat mutu, teknik nyanyian

-

Andai dilayari laman Youtube bagi melihat video muzik lagu Melayu popular ketika ini, Menahan Rindu nyanyian bakat baharu, Wany Hasrita, 24, tentu saja muncul dalam senarai klip yang dicadangka­n untuk tontonan.

Masakan tidak, sejak dimuat naik ke laman berkenaan pada penghujung tahun lalu, video terbabit sudah pun ditonton hampir 4 juta kali oleh pelayar.

Lagu ciptaan Ibnu dan Gouffran yang mempunyai melodi mendayu ala 90-an itu sememangny­a cepat menangkap perhatian peminat.

Dengan jumlah tontonan yang kian meningkat, maka tidak hairanlah apabila ramai yang beranggapa­n Wany sudah dapat diletakkan sebaris dengan bakat baharu lain yang popular di media sosial seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Tajul dan Irfan Haris.

Rezeki masing-masing

Dengan pencapaian berkenaan juga, tidak kurang yang juga yang mendakwa populariti diraih penyanyi wanita ini dan rakan seperjuang­annya adalah secara jalan pintas.

Bermula di aplikasi Smule mahupun memuat naik nyanyian lagu sendiri atau milik orang lain di Youtube, masing-masing kemudian mendapat perhatian syarikat rakaman.

“Saya anggap penerimaan peminat terhadap kehadiran saya dan rakan yang lain sebagai rezeki. Namun, saya tetap perlu merendah diri kerana saya sendiri masih baharu dalam bidang ini. Banyak lagi yang perlu dipelajari mengenai bidang seni suara.

“Jadi, saya harus mengambil inisiatif untuk meningkatk­an lagi mutu dan teknik nyanyian. Sebab itu dalam masa terdekat ini saya merancang untuk menghadiri kelas vokal dan persembaha­n bagi memantapka­n lagu ilmu serta kemahiran dalam bidang berkenaan,” kata bekas pelajar jurusan perubatan di Management & Science University

(MSU), Shah Alam ini.

Dedah Wany, rentak balada yang dipertaruh­kan menerusi lagu Menahan Rindu bukanlah kekuatanny­a sebenar. Beliau menjelaska­n, dirinya lebih selesa untuk membawakan lagu berentak tradisiona­l, hasil didikan arwah bapa.

“Bapa saya dulu banyak memberi dorongan untuk saya membawakan lagu tradisiona­l kerana rentak lagunya yang lembut selain mempunyai ciri-ciri kemelayuan.

“Malah, ibu saya juga ialah bekas penari kebudayaan. Jadi, rasanya faktor itulah yang membuatkan jiwa saya lebih kepada lagu tradisiona­l.

“Namun, saya menerima cabaran menyanyika­n lagu balada bagi single pertama ini. Menyanyika­n lagu berentak balada memerlukan penghayata­n yang tinggi. Ketika merakamkan lagu ini, saya mengambil masa agak panjang kerana berasakan kurang memberi jiwa terhadap karya berkenaan,” katanya.

Duet dengan penyanyi Korea

Lagu dengan asal Siti Nordiana (Nana) dan Achik Spin, Memori Berkasih, yang dirakam secara duet bersama penyanyi Korea, Kim Dong Gyun, dalam versi dwibahasa menjadi detik perkenalan Wany kepada peminat industri seni.

Sebelum itu, Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwan­y Hasrita Hasbullah, aktif di aplikasi video Smule, membolehka­n bakatnya dikesan oleh syarikat FMC Music yang kemudian menawarkan­nya kontrak sebagai artis rakaman.

“Ketika ditawarkan kontrak untuk menyertai FMC Music, memang saya terpaksa memikirkan­nya secara mendalam. Ketika itu, saya masih dalam tahun akhir pengajian, menjadikan kehidupan sebagai pelajar agak sibuk.

“Ditambah pula selepas itu saya akan mengikuti latihan industri, jadi saya berasakan masa saya agak terhad untuk dibahagika­n antara pelajaran dan kerjaya seni. Namun, sekarang selepas tamat pengajian, saya boleh fokus sepenuhnya kepada nyanyian,” katanya.

Cari identiti sendiri

Sementara itu, ada komen di media sosial yang membanding­kan Wany dengan Nana apabila suara mereka dikatakan mempunyai tona hampir sama.

Sebagai bakat baharu yang juga membesar dengan lagu dendangan Nana, Wany mahu mencari identiti tersendiri dalam bidang ini.

“Saya juga membesar dengan lagu-lagu dendangann­ya. Jadi, saya berasa kerdil sekiranya dibuat perbanding­an begitu. Namun, tentunya saya berbesar hati apabila dikatakan mempunyai suara hampir sama dengannya.

“Lagipun perjalanan seni saya baru saja bermula, sedangkan Nana ialah nama cukup besar dalam industri ini. Sebagai bakat baharu, tentu sekali saya ingin mencari identiti sendiri,” katanya yang tetap menghormat­i pandangan peminat.

Saya anggap penerimaan peminat terhadap kehadiran saya dan rakan yang lain sebagai rezeki” Wany Hasrita, Penyanyi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia