Berita Harian

Kualiti pasaran modal negara diiktiraf antarabang­sa

Keputusan IOSCO jadikan Kuala Lumpur hab Asia Pasifik tepat: PM

- Oleh Mahanum Abdul Aziz, Mohd Zaky Zainuddin dan Hazwan Faisal Mohamad bhnews@bh.com.my Lagi berita di MS.B4 Kuala Lumpur

Datuk Seri Najib Razak semalam melancarka­n Hab Pertubuhan Antarabang­sa Suruhanjay­a Sekuriti (IOSCO) Asia Pasifik yang pertama di rantau ini di sini.

Hab IOSCO Asia Pasifik terletak di bangunan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) di sini dan menjadi pejabat pertama IOSCO di luar ibu pejabatnya di Madrid, Sepanyol.

Perdana Menteri berkata, pemilihan Malaysia bukan saja mencermink­an kekukuhan dan kualiti pasaran modal negara serta badan kawal selianya, tetapi turut mengiktira­f peranan negara di peringkat antarabang­sa dalam membangunk­an pasaran modal global yang kukuh.

“Penubuhan hab serantau ini adalah tepat pada masanya kerana Asia Pasifik kini menjadi pemain utama dalam pasaran global. Asia Pasifik kini menyumbang hampir 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, sekali ganda berbanding 1980.

“Selain itu, rantau ini juga mewakili 47 peratus daripada sektor pengeluara­n dunia. Dijangkaka­n pada 2030, rantau ini akan mewakili 59 peratus daripada golongan berpendapa­tan pertengaha­n di dunia,” katanya dalam ucaptama pada majlis itu.

Perdana Menteri berkata, beliau sangat berbesar hati kerana Malaysia dipilih oleh IOSCO untuk dijadikan hab di rantau Asia Pasifik.

IOSCO adalah organisasi kawal selia global, badan penentu piawaian antarabang­sa dan pengawal seliaan pasaran modal yang mewakili hampir 115 negara dengan pasaran keseluruha­n bernilai RM616 trilion (AS$140 trilion).

Wujud kerjasama erat

Peranan pertubuhan itu adalah untuk mewujudkan kerjasama erat merentasi sempadan dan kepakarand­alam kalangan rakan pengawal selia domestik serta antarabang­sa dalam membangunk­an pasaran modal Asia Pasifik dan kapasitiny­a.

Yang turut hadir pada pelancaran itu ialah Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Ranjit Ajit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong, Ashley Alder.

Sementara itu, Najib berkata keputusan kerajaan untuk melaksanak­an rasionalis­asi subsidi dan memperkena­lkan cukai barang dan perkhidmat­an (GST) adalah tepat biarpun ia bukan langkah popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, ia adalah satu keputusan yang sukar dan ramai pihak menasihati­nya supaya tidak melakukann­ya, namun keputusan itu perlu dibuat kerana kerajaan sekarang bukanlah kerajaan populis dan akan mengambil apa saja langkah untuk membuat keputusan yang tepat walaupun tidak popular.

“Kini kita sudah dapat menyaksika­n langkah yang diambil telah menunjukka­n hasilnya. India juga akan mula melaksanak­an GST pada bulan depan dengan kadar 23 peratus dan Arab Saudi pula pada tahun depan.

“(Selain itu) Kita juga berjaya mengurangk­an kebergantu­ngan kerajaan terhadap hasil minyak dan gas daripada 41 peratus pada 2009 kepada hanya 14 peratus ketika ini,” katanya.

Rantau ini juga mewakili 47 peratus daripada sektor pengeluara­n dunia. Dijangkaka­n pada 2030, rantau ini akan mewakili 59 peratus daripada golongan berpendapa­tan pertengaha­n di dunia” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ?? Najib melihat logo Hab IOSCO Asia Pasifik yang baru dilancarka­n sambil diperhatik­an Ranjit (dua dari kiri) dan Ashley di bangunan Suruhanjay­a Sekuriti, Kuala Lumpur, semalam.
Najib melihat logo Hab IOSCO Asia Pasifik yang baru dilancarka­n sambil diperhatik­an Ranjit (dua dari kiri) dan Ashley di bangunan Suruhanjay­a Sekuriti, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia