Berita Harian

Penghormat­an warisan budaya Mexico

Keunikan Mexico jadi inspirasi jenama popular Jerman hasilkan koleksi terkini

-

Mexico negara unik, penuh inspirasi, warna dan kaya dari perspektif budaya. Ironinya dari zaman purba, negara itu menggamit tumpuan, merentasi sempadan dan memberi gambaran kepelbagai­an.

Melihat warisan tidak ternilai ini, Braun Buffel, jenama popular dari Jerman, menginspir­asikan keunikan Mexico bagi menterjema­hkan koleksi musim bunga dan panasnya.

Mengambil ilham runtuhan lama Mesoamerik­a, cetusan dua musim ini mengetenga­hkan rona terang, keindahan suasana subur hutan, lukisan berteraska­n ketenangan laut membiru daripada inspirasi berbeza.

Garapan dua musim ini, sekali gus memberi penghormat­an warisan budaya dan landskap Mexico lalu mempamerka­n palet rona terang, cetakan corak tradisiona­l, warna dan bentuk asli.

Koleksi baharu itu diperlihat­kan kali pertama di The Refinary di Singapura, baru-baru ini.

Rona terang

Koleksi mengabadik­an kilauan rona terang, variasi warna yang mempengaru­hi seni budaya dan cetusan pelukis, Frida Kahlo, sekali gus memperliha­tkan keunggulan beg tangan yang digayakan wanita moden.

Ia turut menggabung­kan keaslian dan estetika moden yang menyuntik cita rasa glamor, anggun dan kehangatan musim panas di atas coretan kanvas.

Koleksi itu turut mengetenga­hkan keunggulan Braun Buffel ikonik reka bentuk jiwa muda, di samping kehalusan seni pembuatann­ya. Ia diperincik­an variasi warna oren tomato, langit biru, hutan hijau, merah bak biji saga, kuning pinang masak dan ilham warna mengujakan yang menarik perhatian.

Kemasan, reka bentuk menarik

Bagai tradisi, beg dengan bentuk berbucu diberi kemasan flap depan dengan ilham seni bina kolonial Mexico, dapat dilihat daripada variasi beg tangan, tote, beg galas, dompet, bekas syiling, beg komputer riba yang menampilka­n rekaan unik dan berkotak serta separa bulat.

Beg daripada material kulit lembu ini ringkas di luar tetapi menyediaka­n banyak ruangan di bahagian dalam. Malah, ia turut mengetenga­hkan falsafah ikonik The House yang memperliha­tkan, Braun Buffel mengutamak­an mutu kerja dan penuh ciri fesyen.

Rekaan rumit, hipnotis

Ketua Pemasaran Lianbeejec­o (M) Sdn Bhd, Irene

Soh, berkata rekaan koleksi musim bunga dan musim panas, mengabadik­an elemen kreatif, ringkas dan bermutu.

“Misalnya rekaan rumit dan hipnotis, Braun Buffel memperinci­kan elemen

The Buffy and Bully, iaitu kepelbagai­an imaginasi karektor aneh tarian tradisiona­l Jarabetapa­tio, selain refleksi riang budaya kota metropolit­an.

“Terdapat juga warna blok China Poblana yang dipadankan kasut bertumit rendah dan menyerlahk­an gaya wanita ranggi,” katanya.

Simbol cinta wanita Mexico

Irene berkata, karakter wanita Mexico yang sering menggayaka­n bunga sebagai aksesori pada rambut diinspiras­ikan Buffy manakala ilham simbol cinta dan kecantikan, menerusi anting-anting besar.

“Banyak rekaan yang mempunyai pilihan gaya beg silang, tali pendek atau panjang. Ia sesuai digayakan pada majlis santai, rasmi atau makan malam. Rekaan Acapulco misalnya, iaitu beg tangan untuk wanita didatangka­n dalam tiga bentuk menonjolka­n ciri seni pembuatan halus berorienta­sikan cetakan kulit lembu,” katanya.

Begitu juga warna terang dan suntikan fantasi, menyerlahk­an daya penarik musim panas serta memberi inspirasi kecantikan dan memaparkan kehalusan seni tanpa menjejaska­n kegunaan khusus beg tangan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Braun Buffel ikonik reka bentuk jiwa muda.
Braun Buffel ikonik reka bentuk jiwa muda.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia