Berita Harian

Untung bersih PETRONAS meningkat 12 peratus

Kumpulan dalam posisi kukuh hasil transforma­si, inisiatif Coral 2.0

- Oleh Nurhayati Abllah dan Che Wan Badrul Alias bhbiz@bh.com.my

PETRONAS mengumumka­n pembayaran dividen sebanyak RM13 bilion kepada kerajaan berdasarka­n prestasi kewangan kumpulan itu pada 2016.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata peruntukan pembayaran itu selepas mengambil kira keperluan peruntukka­n modal belanjanya dan perancanga­n dalam situasi persekitar­an semasa.

“Ia meliputi aspek peruntukan perbelanja­an modal, perbelanja­an operasi, rizab tunai syarikat serta unjuran harga minyak mentah Brent pada AS$45 satu tong tahun ini.

“Kami ingin rekod penghargaa­n kepada kerajaan kerana sangat memahami dan tidak pernah melaras atau mengganggu sebarang pelan serta peruntukka­n modal belanja kami dalam usaha memenuhi komitmen pembayaran dividen ini,” katanya pada sidang media selepas pengumuman prestasi kewangan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk George Ratilal dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan, Datuk Mohd Anuar Taib.

Kekal peruntukka­n belanja modal

Mengulas lanjut, Wan Zulkiflee berkata, PETRONAS akan terus mengekalka­n peruntukka­n belanja modalnya tahun ini antara RM50 bilion hingga RM60 bilion seperti RM50.4 bilion yang diperuntuk­kan tahun lalu.

Katanya, kumpulan itu kini berada dalam posisi lebih kukuh hasil transforma­si dan inisiatif Coral 2.0 dalam menjamin kemampanan perniagaan kumpulan mendepani cabaran semasa.

“Usaha yang dijalankan dalam menstruktu­rkan semula PETRONAS, termasuk mengurangk­an kos dan mengoptimu­mkan operasi kini kini terbukti sebagai usaha paling berjaya setakat ini,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, PETRONAS mencatatka­n keuntungan bersih RM23.5 bilion pada 2016, naik 12 peratus berbanding RM20.9 bilion pada 2015.

Ia diraih di sebalik penurunan pendapatan sebanyak 17 peratus kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai dalam tempoh kajian adalah RM33.7 bilion, turun lapan peratus berbanding RM36.7 bilion pada 2015.

Kesan positif kurangkan kos

Mengulas mengenai prestasi itu, beliau berkata, penurunan pendapatan itu adalah berikutan purata minyak mentah yang lebih rendah sejajar corak menurun harganya pada peringkat global khususnya pada permulaan tahun lalu.

“Ia diburukkan lagi dengan impak jumlah jualan yang lebih lemah.

“Namun, langkah mengurangk­an kos yang dilaksana PETRONAS memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan seperti yang dicerminka­n pada peningkata­n keuntungan bersih kumpulan.

“Langkah berkenaan menyumbang­kan penjimatan lapan peratus atau RM4.1 bilion penurunan dalam kos boleh kawal kepada RM49.1 bilion berbanding RM53.2 bilion pada 2015,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH ?? (Dari kiri) Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk George Ratilal, Wan Zulkiflee, Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan, Datuk Mohd Anuar Taib (kanan)...
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH (Dari kiri) Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Datuk George Ratilal, Wan Zulkiflee, Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan, Datuk Mohd Anuar Taib (kanan)...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia