Berita Harian

Pemandu risaukan keselamata­n

-

pernah ditumpangk­an oleh seorang lelaki warga negara Bangladesh yang sudah berkahwin dengan wanita tempatan dan tinggal di negara ini sejak 12 tahun yang lalu.

Lelaki itu menawarkan diri untuk menghantar­nya ke perhentian bas tetapi dia berkeras mahu menumpang dari Manjung ke Kuala Lumpur.

“Sebelum berlalu, lelaki itu memberikan saya RM100. Ditanya mengapa berbuat demikian, lelaki itu cakap dia juga pernah susah dahulu,” katanya.

Katanya, seorang pemandu lori ais di Jepun pernah membawanya ke balai polis untuk bertanya di mana rumah tumpangan terdekat.

Ini kerana pemandu itu terkejut apabila dimaklumka­n dia hanya tidur dalam khemah.

“Waktu itu, saya menumpang lori yang dipandunya dari dari

Kochi ke Sumoto yang jaraknya hampir 300 kilometer dan dia risaukan keselamata­n saya yang tidur meratamera­ta.

“Itu antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan malah sebenarnya ramai pemandu yang prihatin dan baik hati membantu memudahkan perjalanan saya,” katanya.

Buat kerja sukarela

Selain mendapat kepuasan berkenalan dan berbual dengan pemandu, KJ juga berkata, kadang kala dia turut melakukan kerja sukarela bersama penduduk tempatan.

Walaupun melakukan secara sukarela, dia memperoleh pulangan ‘lumayan’ iaitu tempat tinggal dan makan percuma.

“Itulah kepuasan yang saya dapat. Saya dapat mengembara lebih jauh dengan kos paling minimum.

“Di sesetengah tempat, saya gunakan peluang untuk membuat kerja sampingan atau menjadi sukarelawa­n.

“Sebagai balasan, saya diberikan tempat tinggal dan makanan percuma,” katanya.

KJ berkata, kaedah ‘hitchhike’ menjadi salah satu cara untuk menjimatka­n belanja malah dia juga menggunaka­n laman web seperti website Woofing, Workaway atau Couchsufin­g untuk menumpang tidur dan menambahka­n pendapatan menerusi kerja sampingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia