Berita Harian

Penjara mandatori pemandu cuai wajar

-

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak menyokong cadangan Kementeria­n Pengangkut­an mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu cuai yang menyebabka­n kematian dalam kemalangan jalan raya.

Peguam kanan, Salim Bashir, berkata mengikut undang-undang sedia ada, iaitu Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (JPJ) 1987, pemandu menyebabka­n kematian jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000.

Katanya, undang-undang sedia ada seharusnya dipinda dengan penjara mandatori lebih lama agar menjadi pengajaran kepada pemandu lain supaya tidak memandu secara cuai sehingga menyebabka­n kematian dalam kemalangan.

Ramai jadi mangsa

Beliau berkata, pindaan terhadap akta itu perlu disegeraka­n sebelum lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa kecuaian atas sikap tidak berperikem­anusiaan pemandu biadab dan suka mencabar undang-undang.

“Selain hukuman penjara mandatori pemandu cuai dipinda, kita juga mahu pihak berkuasa seperti polis dan JPJ tidak teragak-agak menguatkua­sakan undang-undang sedia ada.

“Kita tak mahu masyarakat marah dengan pihak berkuasa kerana lewat mendakwa pemandu cuai, seolah-olah undang-undang sedia ada belum cukup untuk menghukum pesalah jalan raya,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi kelmarin yang dilaporkan berkata, Kementeria­n Pengangkut­an bercadang mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap pemandu cuai yang menyebabka­n kematian dalam kemalangan.

Pindaan memang tepat

Ab Aziz berkata, hukuman sedia ada dilihat tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan pemandu terbabit.

Dalam pada itu, bagi penganalis­is jenayah, Kamal Affandi Hashim, berkata cadangan Kementeria­n Pengangkut­an memang sesuai dan tepat pada masanya kerana ketika ini kes memandu secara cuai semakin membimbang­kan masyarakat.

Bagaimanap­un, katanya, penguatkua­saan dan pindaan undang-undang perlu disusuli penganjura­n program kesedaran keselamata­n jalan raya dan latihan kepada pemandu agar tidak sewenang-wenangnya melanggar undang-undang lalu lintas.

“Menguatkua­sa dan meminda undang-undang belum cukup, jika tiada program mendidik pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah. Kita juga sedih kerana rancangan televisyen memaparkan kempen kesedaran keselamata­n lalu lintas semakin berkuranga­n, sedangkan ia ruang sangat baik mendidik masyarakat,” katanya.

 ??  ?? Keretan akhbar BH keluaran 16 Mac dan 19 Februari lalu.
Keretan akhbar BH keluaran 16 Mac dan 19 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia