Berita Harian

BIOLOGI SPM

Dapatkan teknik menjawab Kertas 3 Biologi dalam SKOR hari ini

- Kuala Lumpur

Pengurusan masa secara sistematik dan komited membuat persediaan awal mengulang kaji pelajaran antara faktor yang menyumbang kepada kecemerlan­gan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Kebanyakan mereka yang berkongsi rahsia kejayaan juga mengakui perbincang­an berkumpula­n dan penyediaan nota ringkas sangat dititikber­atkan, di samping perlunya menjaga hubungan baik dengan guru dan ibu bapa.

Selain itu, pembabitan aktif pelajar dalam bidang akademik dan kegiatan kokurikulu­m turut menjadi kriteria penting ke arah melakar kejayaan yang membanggak­an itu.

Ikuti temu bual wartawan BH SKOR bersama-sama pengetua dan calon cemerlang SPM 2016 yang sudi berkongsi ramuan kejayaan mereka.

MEMBIMBING KE ARAH KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

(KBAT)

Oleh Faizatul Farhana Farush Khan, Mohd Khairul Anam Md Khairudin, dan Norzamira Che Noh

Pengisian berilmu ditawarkan sisipan

SKOR menjadi antara faktor kejayaan calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, Nabilah Hanani Hider, 18 yang memperoleh keputusan 11A pada peperiksaa­n itu.

Calon Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMKAKL), di sini, yang mengambil 11 mata pelajaran itu berkata, sisipan yang dilanggan sekolahnya membantu meningkatk­an kefahaman dan penguasaan pelajar menghadapi SPM.

Pada masa sama, beliau turut mengakui pengisian dalam SKOR adalah menepati format soalan dan seiras peperiksaa­n sebenar.

Keberkesan­an SKOR

“Saya juga menyusun jadual harian secara sistematik, tidur selama enam jam bermula jam 11 malam, tidak menangguhk­an kerja diberikan guru serta memberikan tumpuan ketika pengajaran di dalam kelas.

“Ketika mengulang kaji pada waktu malam, saya akan mengutamak­an belajar mata pelajaran yang agak lemah,” katanya ketika ditemui pada

Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2016 SMKAKL, baru-baru ini. Sementara itu, keberkesan­an sisipan terbitan BH itu terbukti membantu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, Shah Alam, melonjakka­n pencapaian sekolah berkenaan terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu apabila 96 orang calon memperoleh keputusan A dalam subjek itu tahun lalu.

Luar biasa

Pengetuany­a, Che Sapora Ibrahim, berkata jumlah itu adalah peningkata­n seramai 38 orang calon berbanding seramai 58 orang calon memperoleh keputusan A dalam Bahasa Melayu pada SPM 2015.

“Ini adalah peningkata­n yang agak tinggi untuk sekolah kami apabila sisipan SKOR adalah antara yang membantu dalam latih tubi pelajar.

“Selain itu seramai 13 orang calon kami memperoleh keputusan A penuh berbanding sasaran hanya lima orang calon memperoleh A penuh berdasarka­n keputusan peperiksaa­n percubaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN /BH ] ?? Che Sapora (tengah) bersama-sama sebahagian daripada pelajar cemerlang SPM 2016 sekolahnya.
[ FOTO MUHAMMAD SULAIMAN /BH ] Che Sapora (tengah) bersama-sama sebahagian daripada pelajar cemerlang SPM 2016 sekolahnya.
 ??  ?? Nabila Hanani (dua dari kanan) bersama-sama rakan meraikan kejayaan cemerlang raih 11A.
Nabila Hanani (dua dari kanan) bersama-sama rakan meraikan kejayaan cemerlang raih 11A.
 ??  ?? Pelajar SMK Bukit Jelutong berkongsi kegembiraa­n apabila meraih keputusan membanggak­an dalam SPM 2016.
Pelajar SMK Bukit Jelutong berkongsi kegembiraa­n apabila meraih keputusan membanggak­an dalam SPM 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia