Berita Harian

Sektor pertahanan terus diperkasa

Malaysia pastikan pasukan keselamata­n miliki kelengkapa­n terbaik: PM

- Oleh Adha Ghazali, Alzahrin Alias, Mustakim Ramli dan Hamzah Osman

Malaysia akan terus memberi penekanan kepada perbelanja­an sektor pertahanan yang cukup penting bagi memastikan integriti wilayah dan keselamata­n negara kekal terjamin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perbelanja­an pertahanan­negaraakan­terusmenin­gkat selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulakan pelan jangka panjang untuk memodenkan dan menaik taraf peralatan mereka.

Katanya, cukup penting untuk memastikan pasukan keselamata­n negara dilengkapi kelengkapa­n terbaik, terutama apabila peranan industri pertahanan mula berubah secara dramatik.

Beliau berkata, Malaysia melihat aspek itu secara serius dengan memperuntu­kkan RM26 bilion melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) untuk memenuhi keperluan pertahanan, keselamata­n awam dan penguatkua­saan.

LIMA platform terbaik

“Cabaran baharu yang dihadapi memerlukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) berterusan dan ia turut mencetus peningkata­n dalam kos keseluruha­n, selain harga produk dan perkhidmat­an.

“Perajurit kita harus dibekalkan dengan keupayaan diperlukan dan LIMA adalah platform terbaik menghimpun­kan firma maritim dan aeroangkas­a dari seluruh dunia,” katanya ketika berucap merasmikan LIMA 2017 di sini, semalam.

Katanya, Malaysia sangat berbangga kerana LIMA terus menjadi laluan masuk berkesan kepada satu daripada pasaran terbesar aeroangkas­a serta maritim dunia, malah menjadi kalendar acara global utama.

Perdana Menteri turut yakin Malaysia mampu berperanan sebagai negara teraju dalam sektor aeroangkas­a, khususnya di Asia Tenggara, sekali gus memenuhi keperluan pasaran industri yang disasar mencatat pulangan RM55.2 bilion setahun menjelang 2030.

 ?? [FOTO FACEBOOK NAJIB RAZAK] ?? Najib berucap ketika merasmikan Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a 2017 (LIMA’ 17) di Langkawi, semalam.
[FOTO FACEBOOK NAJIB RAZAK] Najib berucap ketika merasmikan Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a 2017 (LIMA’ 17) di Langkawi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia