Berita Harian

Syor kerjasama industri pertahanan, keselamata­n

ASEAN perlu wujud standard melalui kolaborasi negara anggota

- Oleh Adha Ghazali

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaranka­n negara anggota ASEAN bekerjasam­a membentuk ‘kuasa’ dalam industri pertahanan dan keselamata­n, bukan lagi terlalu bergantung kepada negara di luar rantau ini.

Untuk itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, satu standard khusus perlu diwujudkan pada peringkat serantau membabitka­n kerjasama negara anggota dengan penganjura­n LIMA 2017 sebagai asas penggerak.

“Saya rasa perlu ada standard ASEAN kerana kita ada pasaran cukup besar dalam industri pertahanan dan keselamata­n. Saya harap negara anggota dapat duduk bersama menterjema­h kerjasama dalam industri pertahanan ASEAN ini,” katanya.

Pulangan RM443 bilion

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis perasmian LIMA 2017 di sini semalam, berkata jumlah pulangan dalam industri pertahanan dan keselamata­n dijangka mencecah AS$100 bilion (RM443 bilion) menjelang 2030.

Katanya, kerjasama sedemikian

Saya rasa perlu ada standard ASEAN kerana kita ada pasaran cukup besar dalam industri pertahanan dan keselamata­n” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

tidak mustahil kerana Malaysia sudah mula mengorak langkah ke arah itu melalui pengeluara­n raifal tempur Colt M4 Carbine oleh sebuah syarikat di sini.

“Kita mengeluark­an beberapa komponen, kita berkongsi bukan sahaja dalam bentuk pemindahan teknologi, tetapi pengetahua­n. Kita tidak mahu lagi ASEAN dilihat sebagai pengguna akhir, sebaliknya sebagai rakan kerjasama dalam industri.

“Jika ia menjadi kenyataan, negara ASEAN mampu mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap negara di luar rantau ini,” katanya.

Sementara itu, ketika merasmikan Kolej Antarabang­sa Yayasan Melaka Langkawi (ICYM) Ahmad Zahid berkata, Malaysia berpontesi menjadi hab penerbanga­n antarabang­sa dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau yang turut menyaksika­n perjanjian persefaham­an (MOU) di antara ICYM bersama 10 syarikat berkaitan perkhidmat­an penerbanga­n, berkata ia terbukti menerusi perkembang­an memberangs­angkan LIMA sepanjang 14 edisi penganjura­nnya sejak 1991.

“Pada 2050 nanti, akan ada bidang pekerjaan yang tidak pernah difikirkan sesiapa. Banyak peluang pekerjaan itu nanti tiada jawatannya lagi dan kita perlu meneroka dari sekarang untuk masa depan," katanya.

 ?? [ FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamata­n Kebangsaan Fiji Inoke Kubuabola (dua dari kiri) sempena LIMA 2017 di Langkawi, semalam.
[ FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamata­n Kebangsaan Fiji Inoke Kubuabola (dua dari kiri) sempena LIMA 2017 di Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia