Berita Harian

KM Pekan hadiah Kerajaan Jepun ditempatka­n di Kuantan

-

Langkawi: KM Pekan, kapal peronda pesisir pantai (OPV) milik Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang dihadiahka­n Kerajaan Jepun, akan ditempatka­n di Kuantan untuk mengawal perairan Laut China Selatan.

Kapal jenis JCG PL 02 ERIMO itu tiba pada 14 Mac lalu selepas 10 hari melalui pelayaran dari Jepun dengan majlis penamaan aset berkenaan disempurna­kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena LIMA 2017, di sini semalam.

Terima awal bulan depan

Ketua Pengarah APMM, Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar, berkata KM Pekan dan sebuah lagi OPV dihadiahka­n Jepun yang dijangka diterima awal bulan depan, membuktika­n hubungan baik dan erat di antara kedua-dua negara.

“Kos baik pulih KM Pekan juga ditanggung Jepun dan bersama sebuah lagi OPV, kos keseluruha­n dianggarka­n RM28 juta,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkut­an, Infrastruk­tur, Pengangkut­an dan Pelanconga­n Jepun, Tanaka Ryosei.

Sementara itu, beliau berkata, baki lima kapal ronda APMM yang dibina Kumpulan Destini menerusi kontrak RM381.3 juta bagi keseluruha­n enam kapal, dijangka diterima secara berperingk­at sehingga tahun depan.

“Setakat ini, APMM sudah terima sebuah kapal dibina Kumpulan Destini, iaitu KM Bagan Datuk. Baki lima lagi kapal dijangka diterima selewat-lewatnya tahun depan,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? KM Pekan dipamerkan di Resort World, Langkawi sempena LIMA 2017.
[ FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] KM Pekan dipamerkan di Resort World, Langkawi sempena LIMA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia