Berita Harian

Pemaju wajar contohi tawar harga berpatutan

-

Kuala Lumpur: Pembinaan projek Rumah Impian Sultan Johor akan memberi peluang secara tidak langsung kepada pemaju menyediaka­n landskap perumahan lebih moden pada harga berpatutan.

Justeru, inisiatif diilhamkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar wajar disokong, bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga penggiat aktif sektor perumahan bagi menggalakk­an lebih banyak rumah seperti itu dibina.

Pengerusi Maha Persada Group Sdn Bhd, Datuk Yusof Bakar, berkata pembabitan istana dalam projek seumpama itu amat ditunggu-tunggu kerana Sultan mempunyai hak mengurniak­an tanah untuk pembanguna­n projek rakyat seperti perumahan.

“Kos ditawarkan yang jauh lebih murah sememangny­a dinanti-nantikan oleh ramai pembeli. Biasanya dalam projek pembinaan rumah baharu, kos tanah lebih tinggi berbanding bahan binaan.

Perluas di semua daerah

“Kos bahan binaan menyumbang 30 hingga 40 peratus daripada harga jualan, selebihnya kos tanah dan untung untuk pemaju. Jika kos tanah sudah dijimatkan, pasti rumah dapat dibina pada kos jauh lebih murah daripada pasaran.

“Ini yang mungkin mahu dibuat Sultan Johor dan ia sememangny­a boleh dilaksanak­an oleh ramai lagi pemaju dengan fokus kepada usaha menggalakk­an rakyat memiliki rumah sendiri,” katanya.

Beliau juga menyokong jika inisiatif itu diperluask­an ke semua daerah di Johor dengan pengurniaa­n lebih banyak tanah kepada pemaju yang mampu menyediaka­n projek di bawah harga pasaran termasuk mampu milik.

 ??  ?? Siau Fook Loong, Peniaga BH, Aidil Iskandar Abd Razak, Eksekutif IT Aiman Samsul, Pelajar Keratan akhbar BH semalam.
Siau Fook Loong, Peniaga BH, Aidil Iskandar Abd Razak, Eksekutif IT Aiman Samsul, Pelajar Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia