Berita Harian

Rakyat sambut baik projek Rumah Impian Sultan Ibrahim

Inisiatif disifatkan tepat pada masa bantu golongan berpendapa­tan sederhana

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Rakyat Johor menyambut baik inisiatif Sultan Johor melancarka­n projek Rumah Impian Sultan Ibrahim dan berharap ia diperluask­an untuk manfaat mereka yang memerlukan.

Rata-rata penduduk yang ditemui meluahkan rasa gembira dan menyambut baik inisiatif Sultan Ibrahim Iskandar itu sambil menyifatka­n ia tepat pada waktunya.

Tinjauan juga mendapati orang ramai membanjiri Galleria@kotaraya di sini yang menjadi lokasi prapelanca­ran projek perumahan berkenaan walaupun majlis rasmi hanya bermula hari ini.

Projek langkah tepat bantu rakyat

Eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Aidil Iskandar Abd Razak, berkata pembinaan Rumah Impian Sultan Ibrahim dengan harga bawah RM100,000 memang langkah yang bagus, terutama dalam konteks membantu rakyat di negeri ini.

“Tidak semua orang berpendapa­tan tinggi. Projek ini sememangny­a langkah tepat untuk membantu mereka yang berpendapa­tan antara RM3,000 hingga RM5,000 untuk mendapatka­n rumah sendiri,” kata bapa kepada tiga anak ini.

Pengumuman mengejutka­n

Peniaga, Siau Fook Loong, 50, berkata pengumuman oleh Sultan Johor memang menggembir­akan walaupun mengejutka­n.

“Langkah ini sangat bagus, boleh bantu rakyat yang tiada rumah dan sekarang memang masa yang sesuai.

“Saya tidak sabar menunggu cara permohonan dan kriteria ditetapkan untuk memohon kediaman terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia