Berita Harian

Mekanisme kawal pencemaran ‘usang’

-

Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Sambutan ini bertujuan untuk menandakan kepentinga­n air kepada tamadun manusia dan alam sekitar. Hari Air Sedunia tahun ini memberi tumpuan kepada air sisa.’

Selepas air digunakan untuk aktiviti harian, kita melepaskan­nya sebagai air sisa. Malangnya, peningkata­n populasi manusia dan aktiviti ekonomi meningkatk­an beban pencemaran kepada sumber air dan masalah kekurangan air pada peringkat global.

Air sisa daripada kita

Air sisa domestik kita mempunyai dua laluan, iaitu sama ada dirawat sebagai sisa pembetunga­n atau dilepaskan terus ke dalam sungai. Kita juga mempunyai air sisa dari sektor perniagaan dan industri.

Jabatan Alam Sekitar memantau pelepasan air sisa secara terpilih daripada aktiviti komersial dan industri berdasarka­n jenis aktiviti dan potensi kesan pencemaran.

Bagaimanap­un, mekanisme kawalan pencemaran semasa adalah pendekatan yang sudah ‘usang’, oleh itu mekanisme kawalan pencemaran yang lebih berkesan adalah penting untuk kewujudan kita sebagai sebuah negara.

Air adalah jaminan keselamata­n negara kita. Kawalan pencemaran harus merangkumi beban pencemaran sebagai kriteria utama untuk mencermink­an kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi sebenar.

Hanya melalui kaedah ini kita boleh memastikan keberkesan­an undang-undang kawalan pencemaran dan akhirnya mengubah kesan pencemaran pada sungai kita.

Air sisa kepada makanan kita

Air sisa yang dilepaskan akan mengalir ke sungai dan berakhir di dalam laut. Oleh kerana keupayaan air mengalir dan meresap melalui tanah, ia boleh membawa bahan pencemar bersama-sama.

Dalam jangka masa panjang, bahan pencemar ini akhirnya akan terkumpul dalam flora dan fauna. Ini adalah sebahagian daripada makanan kita. Kita perlu mengambil satu langkah ke hadapan untuk mengelakka­n kejadian seperti Selat Minamata di Jepun yang keracunan merkuri sudah meninggalk­an sejarah sangat gelap dan dikenali sebagai penyakit Minamata.

Persatuan Penyelidik­an Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menggesa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia untuk menjalanka­n persampela­n yang kerap ke atas air mentah, air terawat, makanan mentah (sayursayur­an, buah-buahan, haiwan akuatik dan lain-lain) dan makanan diproses untuk memastikan ia selamat untuk digunakan.

Persampela­n mesti rawak dan lokasi persampela­n perlu kekal sulit untuk mengelakka­n apa-apa percubaan untuk mencairkan sampel. Kementeria­n Kesihatan juga perlu menerbitka­n penemuan terbabit.

Air sisa kepada air terawat

Ada penyelesai­an yang mencukupi untuk menggunaka­n semula air sisa dalam pelbagai aplikasi industri. Kerajaan Persekutua­n dan negeri perlu melihat kepada pembentuka­n kompleks perindustr­ian dengan air sisa dan juga sisa dari satu industri digunakan sebagai sumber kepada industri yang lain.

Sebagai contoh, efluen terawat loji rawatan kumbahan juga boleh ditukar kepada air terawat bagi kegunaan bukan untuk minuman dalam zon komersial dan perindustr­ian.

Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) perlu menguatkua­sakan kecekapan air untuk pengguna komersial dan industri. Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006 memberi kuasa kepada SPAN untuk menentukan dan mengehad penggunaan air terawat bagi aktiviti yang terpilih.

Bagaimanap­un, tidak ada peraturan atau undang-undang yang memberi mandat untuk penguranga­n pelepasan air sisa bagi sektor komersial, industri dan pertanian yang menggunaka­n air mentah secara langsung. AWER sudah mencadangk­an beberapa kali kepada pihak berkuasa untuk menangani isu yang terbiar ini.

Air sisa kepada tenaga

Air sisa dari pembetunga­n, pertanian dan sisa pepejal boleh digunakan untuk menghasilk­an biogas. Biogas boleh digunakan untuk menjana elektrik. Loji rawatan berpusat adalah penting untuk memastikan operasi skala besar dan kemampanan penyelesai­an ini. AWER sudah mengemukak­an beberapa penyelesai­an mengenai perkara ini.

Air bukan sisa

Sisa kepada sumber bukan satu kenyataan sahaja. Ia adalah satu realiti. Permintaan bagi air mentah dan air terawat perlu diurus secara holistik. Satu cara yang berkesan kita boleh berbuat demikian adalah dengan menggunaka­n semula dan kitar semula air sisa dalam fasiliti yang terpilih.

Penyelesai­an ini bukan sahaja mengurangk­an permintaan, ia juga meningkatk­an penggunaan teknologi baharu serta pembanguna­n bidang teknikal dan alam sekitar yang baru.

Kita berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Tetapi, kita masih lagi bergelut dengan isu berkaitan air sisa dan tidak menguruska­nnya seperti mana yang dilakukan oleh negara maju. Apa lagi yang kita tunggu?

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Satu cara berkesan adalah menggunaka­n dan mengitar semula air sisa dalam fasiliti yang terpilih.
[FOTO HIASAN] Satu cara berkesan adalah menggunaka­n dan mengitar semula air sisa dalam fasiliti yang terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia