Berita Harian

Gerai diroboh tanpa pampasan

Peniaga Jalan Mak Mandin kecewa MPSP tak endah rayuan

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Kerajaan DAP zalim kerana tidak membayar pampasan atau memberi tapak berniaga di tempat lain.

Dakwa 10 peniaga di Jalan Mak Mandin di sini apabila gerai mereka diroboh Majlis Perbandara­n Seberang Perai (MPSP), semalam, bagi memberi laluan kepada projek pelebaran jalan dan pembinaan rumah mampu milik.

Peniaga yang kebanyakan­nya terdiri daripada ibu tunggal dan golongan berpendapa­tan sederha- na itu langsung tidak dibayar pampasan atau ganti rugi setimpal walaupun sudah berniaga di kawasan berkenaan sejak puluhan tahun lalu.

Peniaga makanan, Zainal Abidin Abdul Rahman, 53, berkata dia yang sudah berniaga sejak lebih 20 tahun lalu perlu menyara tujuh anaknya yang masih bersekolah, termasuk tiga anak pekerjanya yang tidak berkemampu­an.

Katanya, kini dia buntu memikirkan nasib keluargany­a selepas satu-satunya mata pencariann­ya dirobohkan.

“Saya baharu saja menambah baik kedai saya beberapa tahun lalu. Saya berasa amat kecewa selepas MPSP memberi dua notis pada 23 Februari dan 16 Mac lalu supaya mengosongk­an premis dengan segera kerana mereka mahu merobohkan­nya hari ini (semalam).

“Tidak mahu duduk diam, saya cuba berjumpa dengan beberapa pihak yang terbabit termasuk wakil rakyat kawasan ini, namun mereka tidak mengendahk­an rayuan peniaga dan hanya memberi alasan bahawa mahu melebarkan jalan utama,” katanya ketika ditemui BH di sini, semalam.

Terdahulu, Zainal Abidin bersama lebih 10 peniaga lain mengadakan bantahan di Jalan Mak Mandin sejak awal pagi, sebelum gerai mereka akhirnya dirobohkan jentera MPSP kira-kira jam 1 tengah hari.

Tumpang berniaga

Difahamkan, tapak kawasan yang mula digunakan peniaga sejak 40 tahun lalu itu dimiliki oleh Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara, sebelum ia diambil semula bagi tujuan pembanguna­n.

Sementara itu, peniaga yang juga ibu tunggal, Sara Bibee Mohamad, 59, berkata, peniaga di sini akur apabila mendapat notis bahawa kedai mereka akan dirobohkan memandangk­an mereka hanya menumpang berniaga di kawasan itu.

“Saya tahu bahawa kami hanya menumpang berniaga sahaja, namun janganlah buat kami seperti ini kerana bukan baharu sehari dua kami berniaga tetapi sudah lebih 10 tahun, bahkan ada yang

Zainal Abidin Abdul Rahman, Peniaga

sudah berniaga hampir 40 tahun di sini.

“Jadi, tolonglah jangan buat kami seperti ini dan saya merayu supaya pihak terbabit menyediaka­n tempat yang boleh kami berniaga di kawasan lain, walaupun dikenakan sewa,” katanya yang perlu menyara pengajian tiga orang anak selepas kematian suami.

Katanya, ada pihak datang dan menawarkan ingin membayar ganti rugi kepada peniaga yang kedainya dirobohkan, namun sehingga kini janji itu tidak ditepati.

Dakwa perniagaan tak sah

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, berkata kerajaan negeri tidak akan membayar sebarang pampasan terhadap peniaga terbabit berikutan perniagaan yang dijalankan mereka adalah tidak sah, walaupun sebahagian­nya mempunyai lesen perniagaan MPSP.

“Kerajaan negeri selama ini membenarka­n mereka berniaga walaupun mereka tidak memohon Lesen Menduduki Sementara (TOL).

“Ketika itu, kerajaan negeri tetap memberi mereka berniaga kerana tidak mempunyai rancangan untuk membangunk­an kawasan berkenaan,” katanya.

Bantu MPSP roboh gerai

Sementara itu, Yang Dipertua MPSP, Datuk Maimunah Mohd Sharif, berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mendapat arahan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara untuk membantu agensi berkenaan merobohkan gerai terbabit.

“Kita tiada kaitan dalam isu merobohkan gerai peniaga terbabit dan tindakan itu diambil apabila agensi yang mempunyai bidang penguatkua­saan, MPSP hanya diminta membantu Pejabat Daerah dan Tanah untuk merobohkan gerai berkenaan.

“Oleh itu, segala butiran lanjut mengenai perkara ini diminta berhubung dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah sendiri kerana kita hanya bertindak atas arahan,” katanya.

Tolonglah jangan buat kami seperti ini dan saya merayu supaya pihak terbabit menyediaka­n tempat kami berniaga walaupun dikenakan sewa” Sara Bibee Mohamad, Peniaga Saya cuba berjumpa dengan beberapa pihak terbabit termasuk wakil rakyat kawasan ini, namun mereka tidak mengendahk­an rayuan”

 ?? [FOTO RAMADZAN MASIAM/BH] ?? Gerai peniaga yang dirobohkan di Jalan Mak Mandin, Butterwort­h, Pulau Pinang.
[FOTO RAMADZAN MASIAM/BH] Gerai peniaga yang dirobohkan di Jalan Mak Mandin, Butterwort­h, Pulau Pinang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia