Berita Harian

Mohon bajet tambahan untuk perkhidmat­an RM3.08 bilion

Kerajaan bentang Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017

-

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Nadia Hamid dan Luqman Arif Abdul Karim

Kerajaan membentang­kan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 bagi memohon bajet tambahan untuk perkhidmat­an bagi tahun 2016 sebanyak RM3.08 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, membentang­kan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam.

Sebahagian besar perbelanja­an itu diperuntuk­kan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2,24 bilion, Kementeria­n Pendidikan (RM297 juta) dan Kementeria­n Pengangkut­an (RM215 juta).

Perbelanja­an tambahan itu turut membabitka­n Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (RM128 juta), Kementeria­n Kesihatan (RM104 juta) dan Kementeria­n Luar (RM24 juta)

Diperuntuk kepada SPR

Selain itu, perbelanja­an tambahan berkenaan akan diperuntuk­kan kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dengan perbelanja­an sebanyak RM62.78 juta).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentang­kan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda beberapa perkara dalam Akta Saraan Hakim 1971.

Bacaan kali kedua bagi rang undang-undang terbabit itu akan dibuat pada mesyuarat Dewan Rakyat sesi ini.

 ??  ?? Othman Aziz
Othman Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia