Berita Harian

PAS muktamad tutup pintu rundingan dengan PPBM

Parti turut kaji semula hubungan dengan PKR

- Oleh Nazura Ngah dan Nor Fazlina Abdul Rahim

PAS menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas parti berkenaan secara rasmi menyertai Pakatan Harapan.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata segala rundingan dan perbincang­an yang diadakan sebelum ini dianggap terbatal.

“Kita tidak akan mengadakan sebarang perbincang­an atau kerjasama selepas ini kerana ia menjadi dasar parti yang tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Jika sebelum ini kita mengadakan beberapa kali perbincang­an dengan PPBM kerana parti itu belum menyertai pakatan pembangkan­g. Sekarang, sudah rasmi PPBM menyertai pakatan yang turut dianggotai PAN dan DAP.

“Justeru, PAS menganggap pintu rundingan dengan parti berkenaan secara automatik tertutup dan tidak mungkin akan ada sebarang kerjasama selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, semalam.

Wujud logo baharu

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kelmarin bersetuju mewujudkan logo baharu dan manifesto bersama bagi melambangk­an gabungan empat parti itu dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim

Kita tidak akan mengadakan sebarang perbincang­an atau kerjasama selepas ini kerana ia menjadi dasar parti yang tidak mahu mempunyai sebarang kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN)” Mohd Amar Nik Abdullah, Naib Presiden PAS Setakat ini PAS Selangor tiada masalah dengan PKR di negeri itu kerana masih terdapat hubungan politik dan kerajaan” Iskandar Abdul Samad, Naib Presiden PAS

Tuan Man menegaskan penggabung­an PPBM dengan PKR, DAP dan PAN memaksa mereka mengkaji semula hubungan dengan PKR pada muktamar akhir bulan depan.

Muktamar PAS Pusat selama tiga hari bermula 29 April ini di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Kedah dijangka membangkit­kan usul utama dari beberapa PAS Kawasan dan sayap parti itu yang mahu tahaluf siyasi antara dua parti dikaji semula demi kelangsung­an politik parti siasah berkenaan.

Antara yang mengusulka­n perkara itu ialah PAS Kawasan Bayan Baru dan Permatang Pauh selain Pemuda PAS Kawasan Tumpat.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjay­a PAS Selangor, ketika dihubungi menegaskan masih wujud tahaluf siyasi dengan PKR di Selangor.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia