Berita Harian

Kerajaan perlu tegas kekang pihak sabotaj ekonomi negara

-

Georgetown: Kerajaan Persekutua­n dan Pejabat Peguam Negara digesa segera mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berusaha mensabotaj kestabilan ekonomi negara.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, berkata ia susulan pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung beberapa pihak tidak bertanggun­gjawab cuba memberi maklumat palsu kepada pelabur asing.

Selain itu, katanya, pihak berkenaan perlu segera mengatasi perkara itu dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit, selain ia dilihat wajar dilakukan bagi mengelak daripada situasi berkenaan terus berulang.

“Najib mendedahka­n terdapat beberapa rakyat Malaysia yang tidak bertanggun­gjawab cuba memberi maklumat palsu kepada syarikat minyak Saudi Aramco supaya tidak melabur hampir RM 31 bilion dalam projek Refinery and Petrochemi­cal Integrated Developmen­t (RAPID) di Pengerang, Johor, Sabtu lalu.

“Malah, pendedahan terbaru Najib ini bukan suatu perkara baharu kerana tindakan mensabotaj kedudukan ekonomi negara sudah kerap dilakukan beberapa rakyat Malaysia yang tidak bertanggun­gjawab.

Ambil tindakan segera

“Justeru, kerajaan perlu segera mengatasi perkara ini kerana tindakan jijik dan tidak bertanggun­gjawab mereka akan memberi implikasi sangat besar terhadap kemajuan dan pembanguna­n negara,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sabtu lalu, Najib menyelar perbuatan mensabotaj ekonomi negara oleh seorang bekas pemimpin dengan menyebarka­n maklumat palsu mengenai Malaysia.

Cheng Guan mendakwa, tindakan mensabotaj ekonomi negara dilihat aktif dilakukan DAP yang cuba memburukka­n imej Malaysia dan kerajaan, selain cuba menggagalk­an setiap usaha menarik pelabur asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia