Berita Harian

Jepun mahu pertingkat keselamata­n loji nuklear

Hanya tiga daripada 42 bangunan pembekal tenaga elektrik beroperasi

-

Hanya tiga daripada 42 loji jana kuasa nuklear yang membekalka­n sebahagian besar tenaga elektrik kepada penduduk Jepun, beroperasi ketika ini, susulan bencana Loji Jana Kuasa Fukushima Daiichi pada 2011.

Keadaan itu berlaku apabila kerajaan Jepun memutuskan untuk mengkaji semula peraturan sedia ada seterusnya meningkatk­an tahap keselamata­n semua loji jana kuasa nuklearnya empat tahun lalu.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang, yang mengetuai delegasi Malaysia dalam program pemahaman awam mengenai tenaga nuklear Jepun, berkata situasi berkenaan membuka dimensi baharu dalam operasi jana kuasa tenaga itu.

Katanya, pengalaman Jepun menghadapi bencana Fukushima dan usaha meningkatk­an tahap keselamata­n semua jana kuasa menjadi rujukan banyak negara termasuk Malaysia.

“Selepas bencana itu, banyak penambahba­ikan yang diwajibkan terhadap semua pengendali loji jana kuasa nuklear, bukan sahaja untuk menghadapi bencana alam dalam skala lebih besar, malah merangkumi ancaman keganasan.

Belum buat pilihan

“Malaysia belum memilih manamana pihak yang akan bekerjasam­a dengan kita untuk pembinaan loji, malah sebenarnya kerajaan belum memutuskan untuk membina loji jana kuasa nuklear. Namun, kajian ke arah itu giat dijalankan,” katanya selepas lawatan ke Stesen Jana Kuasa Nuklear Kashiwazak­i Kariwa di di sini, semalam.

Yang turut menyertai lawatan itu ialah KSU Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah (Sektoral) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Allauddin Anuar dan Ketua Eksekutif Malaysia Nuclear Power Corporatio­n (MNPC), Dr Mohd Zamzam Jaafar.

Delegasi itu dibawa melawat Stesen Jana Kuasa Nuklear Kashiwazak­i Kariwa di sini, disusuli Loji Jana Kuasa Nuklear Ikata di Shikoku dan kilang pengeluara­n reaktor loji nuklear Mitsubishi Heavy Industries­kobe Shipyard & Machinery Works di Kobe, esok dan lusa.

Sementara itu, Deputi Superinten­dan Perhubunga­n Awam Stesen Jana Kuasa Nuklear Kashiwazak­i Kariwa, Katsuhiko Hayashi, berkata antara penambahba­ikan di stesen milik Tokyo Electric Power Company Holdings Inc (TEPCO) itu ialah meninggika­n tembok penghadang ombak sehingga 15 meter.

“Kita juga memperkuat­kan struktur binaan loji untuk menahan kesan gempa bumi besar, taufan, letusan gunung berapi, salji tebal selain serangan pengganas melalui hempasan pesawat,” katanya pada taklimat ketika lawatan ke stesen berkenaan.

 ?? [FOTO IFWAN TUN TUAH/BH] ?? Sebahagian daripada delegasi Malaysia mendengar penerangan mengenai operasi Stesen Jana Kuasa Nuklear Kashiwazak­i Kariwa di Niigata, Jepun, semalam.
[FOTO IFWAN TUN TUAH/BH] Sebahagian daripada delegasi Malaysia mendengar penerangan mengenai operasi Stesen Jana Kuasa Nuklear Kashiwazak­i Kariwa di Niigata, Jepun, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia