Berita Harian

Keluarga Farah Marcella terus terima bantuan

-

Johor Bahru: Kisah daif keluarga Farah Marcella di dada akhbar dan laman sosial menjadi titik tolak perubahan hidup mereka apabila tidak putus menerima bantuan pelbagai agensi dan pihak berkaitan.

Semalam, satu mesyuarat khas turut diadakan yang dihadiri sendiri Farah Marcella Bandie, 18, ibunya Hasliza Hassan, 40, dan dua lagi adiknya, Aduka Aliff Putra, 12, serta Sephian Najmie, 16.

Agensi terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kota Puteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan Pejabat Pembanguna­n Negeri (ICU).

Yang turut hadir, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), UMNO Bahagian, Pergerakan Puteri dan Biro Kebajikan Pemuda Bahagian.

Setuju bela anak Hasliza

Pengerusi mesyuarat yang juga Pengetua SMK Seri Kota Puteri, Mohamed Salleh Zainal Abidin, berkata mesyuarat pagi tadi yang berlangsun­g hampir sejam akhirnya mencapai kata sepakat membela anak Hasliza dan menyalurka­n bantuan mengikut keperluan berdasarka­n agensi berkaitan.

“Misalnya tadi, Biro Kebajikan Pemuda UMNO bercadang memberi sebuah motosikal untuk kegunaan harian keluarga Hasliza termasuk menghantar dan mengambil pulang anak mereka.

“Selain itu, pihak PPD dan SK Seri Kota Puteri juga bersetuju untuk terus menempatka­n dua anak Hasliza iaitu Aduka Aliff Putra dan Puteri Emily Nastasia, 10, di sekolah berkenaan yang nama mereka sudah pun didaftarka­n di situ sejak awal tahun lagi.

“PPD dan pihak kami juga bersetuju menempatka­n Sephian Najmie yang sebelum ini bersekolah di sini bagi dipindahka­n ke SMK Nusa Damai yang memiliki kemudahan asrama,” katanya ketika ditemui selepas mempengeru­sikan mesyuarat itu di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai JKM Johor, Manayi Ibrahim, berkata hasil perbincang­an dan penelitian pihaknya terhadap keluarga Hasliza, JKM akan meluluskan bantuan maksimum sebanyak RM450 sebulan selama setahun.

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Keluarga Farah Marcella bersama wakil agensi yang menyalurka­n sumbangan di SMK Seri Kota Puteri, Johor Bahru, semalam.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Keluarga Farah Marcella bersama wakil agensi yang menyalurka­n sumbangan di SMK Seri Kota Puteri, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia