Berita Harian

4 anggota polis dua negeri direman kes suapan

Suspek disyaki ambil rasuah lepaskan peniaga air ketum, terima wang perlindung­an pengusaha lori

- Oleh Suzalina Halid dan Muhammad Yusri Muzamir

Empat anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor di Pulau Pinang dan Kedah direman tujuh dan enam hari semalam, bagi membantu siasatan membabitka­n kes suapan.

Dalam kes di sini, dua anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan kes menerima suapan bagi melepaskan peniaga air ketum.

Perintah reman ke atas anggota polis yang berusia 33 dan 31 tahun itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Tertinggi, Ahmad Tajudin Zain, bermula semalam sehingga Isnin ini.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

SPRM Pulau Pinang dalam satu kenyataan menyatakan, keduadua suspek dikatakan mengambil rasuah sebagai wang lindungan supaya tindakan undang-undang tidak diambil ke atas peniaga terbabit.

Peniaga tak kisah bayar wang

“Suspek disyaki mengambil wang rasuah antara RM2,000 hingga RM3,500 untuk melindungi pengusaha air ketum. Perniagaan air ketum ini dipercayai dapat memperoleh pendapatan bersih sehingga RM350 sehari yang menjadi punca kenapa pengusaha tidak kisah untuk membayar wang perlindung­an itu,” katanya.

Suspek berpangkat Inspektor itu ditangkap di Raub, Pahang manakala suspek kedua ditangkap di Pulau Pinang, kelmarin.

Suapan bulanan RM4,500 Alor Setar,

Sementara itu, di dua anggota polis direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitka­n penerimaan suapan bulanan sehingga RM4,500 daripada beberapa pengusaha lori sejak Januari tahun lalu.

Kedua-dua suspek membabitka­n polis berpangkat sarjan mejar berusia 57, dan koperal berusia 53, tiba di Kompleks Mahkamah Alor Setar, dekat sini, bersama pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman ke atas keduadua suspek dikeluarka­n oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Alor Setar, Rusmini Mat Rashid. Ia bagi membolehka­n kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berikutan menerima rasuah.

Jurucakap SPRM berkata, keduadua suspek dipercayai menerima suapan daripada 10 pengusaha yang beroperasi di Kulim membabitka­n 15 lori sebelum membahagi dua wang terbabit.

Katanya, suapan terbabit sebagai ‘wang perlindung­an’ antara RM200 hingga RM300 setiap lori dipercayai sebagai dorongan pengusaha tidak dikenakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Mereka sudah menjalanka­n aktiviti itu dalam tempoh lebih setahun ketika berkhidmat di Balai Polis Mahang, Kulim, manakala suspek berpangkat koperal sudah berpindah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sejak dua bulan lalu.

“Aktiviti mereka terbongkar apabila salah seorang mangsa membuat laporan terhadap SPRM, barubaru ini,” katanya.

BH semalam melaporkan dua anggota polis ditahan di Kulim antara jam 9 hingga 10 pagi, kelmarin kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pengusaha lori.

Kedua-dua suspek dikatakan mengambil rasuah sebagai wang lindungan supaya tindakan undang-undang tidak diambil ke atas peniaga air ketum terbabit” Kenyataan SPRM Pulau Pinang

 ?? [FOTO MIKAIL ONG/BH] ?? Dua anggota polis berpangkat Inspektor dan Koperal yang disyaki menerima rasuah dibawa ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Georgetown oleh Pegawai SPRM, semalam.
[FOTO MIKAIL ONG/BH] Dua anggota polis berpangkat Inspektor dan Koperal yang disyaki menerima rasuah dibawa ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Georgetown oleh Pegawai SPRM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia