Berita Harian

Radio Wanita4u.fm sebar luas isu wanita, keluarga

-

Putrajaya: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengorak langkah bagi menyebar luas maklumat berkaitan wanita dan keluarga ke seluruh dunia menerusi platform radio.

Melalui Radio Wanita4u.fm, segala isu berkaitan akan disampaika­n secara khusus dalam segmen khas yang akan ke udara dua kali seminggu iaitu setiap Selasa dan Khamis dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata melalui saluran yang boleh didengar secara atas talian dan aplikasi itu, masyarakat terutama wanita akan mendapat maklumat mengenai isu, kempen dan program yang diadakan kementeria­n, seterusnya berpeluang membabitka­n diri.

“Ini adalah langkah permulaan dan kita percaya selepas ini, lebih banyak lagi produk dapat dihasilkan bersama,” katanya selepas menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Perjanjian antara pemilik stesen Radio Wanita4u.fm, Wahana Wanita4u Berhad, dengan Arra Korea Group Sdn Bhd serta Arra Korea Group & Consortium Companies Korea di sini, semalam.

Perjanjian ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif Wahana Wanita4u Berhad, Noraini Ishak dan Pengerusi Eksekutif Arra Korea Group Sdn Bhd, Kim Dong Soo.

Tingkat keterampil­an wanita

Sementara itu, Noraini berkata, melalui kerjasama itu, kedua-dua syarikat Korea itu akan membantu dari segi pelaburan, kejurutera­an dan teknologi bagi menaik taraf kualiti dan kandungan saluran radio berkenaan, serta saluran televisyen Wanita4u yang dijangka bermula tahun ini.

“Kita bergerak seiring untuk menyokong program kementeria­n dengan menyediaka­n program berkualiti dengan cekap, sekali gus menyumbang kepada usaha peningkata­n ilmu dan keterampil­an golongan wanita,” katanya.

Noraini berkata, radio Wanita4u.fm yang bersiaran sejak 2014 itu akan turut membuat liputan setiap program kementeria­n secara lintas langsung dan rakaman dari studio, serta secara langsung dari laman Facebook mereka.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Noraini (kiri) dan Dong Soo bertukar dokumen perjanjian sambil diperhatik­an Rohani di Putrajaya, semalam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Noraini (kiri) dan Dong Soo bertukar dokumen perjanjian sambil diperhatik­an Rohani di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia