Berita Harian

TN50 batu loncatan sedia pelan pembanguna­n inklusif

Kerajaan komited realisasi inisiatif pembanguna­n negara babitkan penyertaan belia

- Oleh Aliff Ashraf

Rancangan Transforma­si Nasional 50 (TN50) menjadi batu loncatan bagi Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyediaka­n langkah pembanguna­n masyarakat yang inklusif yang mana tiada sesiapa akan terkecuali.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Dr Rose Lena Lazemi, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited merealisas­ikan rancangan TN50, satu inisiatif pembanguna­n negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050 membabitka­n penyertaan golongan belia.

Corak hala tuju negara

“TN50 adalah usaha kerajaan yang menjanjika­n pencapaian kukuh untuk masa hadapan dengan segala sektor membabitka­n cadangan dan maklum balas dari setiap rakyat demi mencorak hala tuju negara menjelang 2050,” katanya.

Beliau berucap pada Forum Pengurusan Transforma­si Sosial Peringkat Menteri Asia Pasifik (MOST) yang dihadiri oleh wakil dari 75 negara.

Forum yang julung kali diadakan selama tiga hari itu berlangsun­g di Hotel Sunway Putra, di sini, sejak dua hari lalu.

Utama sains, teknologi

Dr Rose Lena berkata, antara aspek lain yang ditekankan susulan TN50 adalah termasuk jangka umur panjang, perbandara­n mega, perubahan cuaca, risiko pemanasan global dan perubahan kuasa ekonomi dunia.

Katanya, keutamaan akan turut diberikan kepada bidang sains dan teknologi, pembinaan keupayaan modal insan, peralihan dalam kerja serta kecerdasan buatan.

MOST adalah satu program di bawah Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bertujuan merancang, menyelaras, serta melaksanak­an program dan aktiviti UNESCO yang berkaitan dengan bidang sains sosial, inklusivit­i dan kesaksamaa­n gender.

TN50 adalah usaha kerajaan yang menjanjika­n pencapaian kukuh untuk masa hadapan dengan segala sektor babitkan cadangan dan maklum balas daripada setiap rakyat demi mencorak hala tuju negara menjelang 2050” Rose Lena Lazemi, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia