Berita Harian

Memperkasa pendidikan masyarakat

Seminar anjuran Yayasan Sabah bantu pelajar luar bandar, pedalaman

- Oleh Siti Syahirah Suhaimi upen@bh.com.my

Keprihatin­an Yayasan Sabah menaja lebih 1,000 pelajar dari beberapa sekolah di daerah ini menyertai Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) BH SKOR dengan kerjasama BH baru-baru ini, diyakini dapat membantu mereka mempersiap­kan diri dengan lebih baik bagi menghadapi peperiksaa­n itu November nanti.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, berkata beliau percaya melalui seminar itu akan dapat menyediaka­n garis panduan berkesan dan peluang kepada peserta untuk mencipta kejayaan dalam pelajaran demi masa hadapan lebih baik.

Beliau berkata, seminar dengan kerjasama BH itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peperiksaa­n yang bakal mereka duduki sekali gus memperkasa bidang pendidikan di Sabah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Katanya, tidak semua pelajar berpeluang menyertai seminar seumpamany­a, oleh itu setiap peserta perlu memanfaatk­an peluang yang ada demi mencapai kecemerlan­g dalam akademik.

“Di samping itu, yayasan juga percaya program pendidikan seperti ini dapat menambah dan melengkapk­an kualiti pendidikan kepada masyarakat khususnya di Sabah,” katanya ketika berucap pada majlis Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) di Dewan Sri Libaran, baru-baru ini.

Kemahiran menjawab

Majlis perasmian program YSBR itu disempurna­kan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Yang turut hadir ialah Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar dan Pengurus Kumpulan Bahagian Pembanguna­n Pendidikan Yayasan Sabah, Bahiwata Sayangan Mulia

Seminar di Sandakan itu adalah siri pertama bagi tahun ini sebelum diadakan di lokasi terpilih lain termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Kota Marudu, Sipitang, Tuaran dan Nabawan.

Sementara itu, pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens, Ahmad Alif Hashim Rosli, 17, berkata tip dan teknik pengajaran yang disampaika­n oleh penceramah mampu memantapka­n kemahirann­ya menjawab soalan peperiksaa­n.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Musa (tengah) dan Sapawi (kiri) ketika hadir di Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Dewan Sri Libaran, Sandakan, baru-baru ini.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Musa (tengah) dan Sapawi (kiri) ketika hadir di Jelajah Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Dewan Sri Libaran, Sandakan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia