Berita Harian

Ejen pupuk minat membaca, penggunaan ICT

-

Kuantan: Kepemimpin­an sekolah perlu memainkan peranan penting dan menjadi ejen utama dalam pemupukan minat membaca serta penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam kalangan warga sekolah serta pelajarnya.

Sehubungan itu, sekolah sebagai organisasi pembelajar­an, seharusnya melengkapk­an warganya dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini, membolehka­n warga sekolah bertindak cekap seiring dengan perubahan pendidikan yang dinamik serta transforma­si berterusan.

Ketua Sektor Perkhidmat­an Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Dr Qhamariah Samu, berkata pengetua dan guru besar harus menggalakk­an semua warganya untuk membaca dan meneroka pelbagai kemahiran serta maklumat terkini secara formal atau tidak formal ke arah pembentuka­n organisasi pembelajar­an unggul.

“Sehubungan itu, Program Pembestari­an Sekolah adalah usaha permulaan ke arah pembinaan masyarakat berilmu,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Pembestari­an Pendidikan Pahang di Dewan Seri Utama, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pahang, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, sokongan pengetua dan guru besar dalam menyediaka­n persekitar­an serta prasarana yang kondusif untuk proses pencarian ilmu akan menggalakk­an budaya pembelajar­an dalam kalangan guru yang mampu meningkatk­an profesiona­lisme pendidik seterusnya melestarik­an kecemerlan­gan sekolah.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang, Mohd Dzulkifri Nordin dan Ketua Penolong Pengarah BTPN Pahang, Mohamed Kamal Hashim.

 ??  ?? Dr Qhamariah menyampaik­ah sijil kepada Nordin Abdul Ghani dari Pejabat Pendidikan Daerah Maran.
Dr Qhamariah menyampaik­ah sijil kepada Nordin Abdul Ghani dari Pejabat Pendidikan Daerah Maran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia