Berita Harian

12 termasuk Datuk Seri tak mengaku merusuh

-

Georgetown: Seramai 12 individu, termasuk seorang bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan merusuh, Sabtu lalu.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan ke atas mereka, di hadapan Majistret Mohamed Amin Shahul Hamid.

Berdasarka­n pertuduhan, semua suspek dan beberapa individu yang masih bebas didakwa merusuh di Bilik E3 Pusat Hiburan Suncity KTV Mindland di Jalan Burma di sini, pada jam 3.58 pagi, 18 Mac lalu.

Tertuduh ialah Datuk Seri Loh Peng Kok, 35; Tan Ban Chuan, 46; Ng Hao Ning, 29; Muhamad Naim Abdull Rahman, 18; J Shatheeswa­ran, 24; N Kartiga, 26; Curtis Veeran, 19; Tan Teong Boon, 24; Teoh Chee Seng, 36; Siow Peir Sheng, 24; Teoh Kim Teik, 20 dan Tan Kai Chong, 21.

Dibenar ikat jamin

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin memohon mahkamah tidak menawarkan ikat jamin ke atas semua tertuduh sehingga kes selesai dibicaraka­n, selari dengan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Seksyen 147 memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, peguam bagi semua tertuduh, RSN Rayer merayu membenarka­n tertuduh diikat jamin berikutan mereka masih mempunyai keluarga, selain tuduhan adalah lebih ringan berbanding Seksyen 148 kanun sama.

Mohamed Amin kemudian membenarka­n permohonan Rayer dan memerintah­kan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 5 Mei ini bagi sebutan semula kes.

 ?? [FOTO MUHAMMAD MIKAIL ONG/BH] ?? Sebahagian daripada 12 individu dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.
[FOTO MUHAMMAD MIKAIL ONG/BH] Sebahagian daripada 12 individu dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia