Berita Harian

Kecik Hyper Act didenda RM200 pukul teman wanita

-

Kuala Lumpur: Bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik diperintah oleh Mahkamah Majistret Selayang, semalam, membayar kompaun RM200 kepada teman wanitanya atas tuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap wanita itu, dua minggu lalu.

Keputusan dibuat Majistret Iriane Isabelo selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesai secara bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Sejurus selepas membuat pengakuan itu, teman wanitanya, Farah Nurizzati Salleh yang hadir di galeri awam bangun dan bersetuju supaya kes itu diselesaik­an dengan bayaran kompaun RM200.

Tiada bantahan

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangk­an cedera ke atas Farah, 25, di Batu 6 3/4, Kampung Changkat Gombak, di sini, jam 7.13 malam, pada 12 Mac lalu.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Azhwa Yusrie Mohamad yang mewakili pendakwaan tidak membuat sebarang bantahan untuk kes itu diselesaik­an secara kompaun.

Kecik yang memakai topeng muka itu kemudian membayar kompaun dan mahkamah melepaskan serta membebaska­nnya daripada pertuduhan itu.

 ??  ?? Kecik dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
Kecik dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia