Berita Harian

Tukang rumah direman 7 hari

Warga Indonesia ditahan di Plaza Tol Yong Peng Selatan ketika cuba larikan diri

- Oleh Mohamed Farid Noh

Seorang tukang rumah warga Indonesia yang disyaki perancang serta suspek utama kes wanita dikurung dalam rumah di Pulau Batam, Indonesia direman tujuh hari bermula semalam kerana memiliki pistol dan 23 butir peluru.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan polis di Plaza Tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Yong Peng Selatan jam 5.15 petang kelmarin dan disyaki mahu melarikan diri ke utara tanah air susulan penahanan 12 suspek yang lain.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Mohd Syafiq Mustaza di Mahkamah Majistret Batu Pahat di sini, jam 9.50 pagi semalam.

Miliki pistol

Bagi kesalahan memiliki pistol, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memiliki peluru pula, suspek disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH keluaran 21 Mac 2017
Keratan akhbar BH keluaran 21 Mac 2017

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia