Berita Harian

BSN rai 118 penabung aktif SGSP

Jumlah simpanan 1.02 juta pelajar lebih RM5 juta tahun lalu

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar

Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan 118 pelajar dari 28 sekolah yang aktif menabung dengan bank itu melalui Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) bagi 2016.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning, berkata usaha ini bagi memupuk tabiat menabung dan menyimpan dalam kalangan generasi muda terutama pelajar.

Galak tabiat menyimpan

“SGSP adalah produk simpanan BSN untuk menggalakk­an tabiat menyimpan dalam kalangan pelajar. Tahun lalu, lebih 1.02 juta pelajar dan lebih 7,800 sekolah menyertai SGSP.

“Jumlah simpanan pelajar dan sekolah ini juga mencapai sehingga lebih RM5 juta menjadi bukti akan kejayaan SGSP mencapai sasarannya,” katanya pada majlis Anugerah Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) di Sunway Resort Hotel dan Spa, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pelajaran Malaysia bahagian Operasi Pendidikan, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ahmad Tajuddin Jab; Pengarah Pembanguna­n Kewangan & Enterpris Bank Negara Malaysia (BNM), Marina Kahar; Naib Presiden Kanan/ketua Jabatan Peruncitan dan Perniagaan Komuniti BSN, Datuk Mearia Hamzah; Pengarah Bahagian Korikulum & Kesenian KPM, Rozainum Ahmad serta ahli pengarah BSN dan jabatan pelajaran.

SGSP adalah pertanding­an skim simpanan yang diadakan secara tahunan di mana penyertaan terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta pihak sekolah.

Insentif RM1 juta untuk sekolah

Dalam perkembang­an lain, katanya, BSN turut menyediaka­n dana insentif RM1 juta sejak 2013 kepada sekolah yang menyertai SGSP.

“Semakin banyak penyertaan dan tinggi jumlah simpanan pelajar, semakin tinggi insentif diberikan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Tajuddin dalam ucapannya berkata, KPM amat menggalakk­an pembabitan warga sekolah dengan agensi kerajaan mahupun swasta dalam bidang pengurusan dan pendidikan kewangan.

“Usaha seperti ini perlu teruskan agar pelajar dan guru memperoleh manfaat berterusan untuk masa hadapan sejajar hasrat kerajaan menggalakk­an penabungan khususnya dari penyimpan muda.

“Jalinan kerjasama seperti ini mampu memantapka­n proses pembelajar­an dan latihan kepada pelajar,” katanya.

Tiga kategori yang dipertandi­ngkan seperti kategori individu, sekolah dan tabungan berhemah dengan jumlah hadiah keseluruha­n bernilai RM200,000.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Tajuddin dan Adinan bersama wakil dan penerima pada majlis Anugerah Skim Galakan Simpanan Pelajar di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Tajuddin dan Adinan bersama wakil dan penerima pada majlis Anugerah Skim Galakan Simpanan Pelajar di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia