Berita Harian

120 anak yatim lawat balai bomba Jalan Bukit Ubi

-

Kuantan: Program lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi di sini, semalam memberi pengalaman bermakna kepada 120 kanak-kanak Rumah Anak Yatim Sultanah Hajjah Kalsom.

Pada program itu mereka diberi penerangan berkaitan peralatan pemadam kebakaran termasuk jentera digunakan Bomba dan Penyelamat dan lebih menarik turut berpeluang melakukan semburan air.

Seorang penghuni Rumah Anak Yatim Sultanah Hajjah Kalsom yang hanya dikenali sebagai Ani, 15, berkata peluang melawat balai itu memberi banyak pengetahua­n berkaitan peralatan dan kaedah memadam kebakaran rumah, premis perniagaan dan hutan.

Minat jadi ahli bomba

“Selepas mendengar penerangan dan mencuba peralatan memadam kebakaran, saya berminat menjadi anggota Bomba dan Penyelamat. Mungkin selepas ini boleh memohon menganggot­ai pasukan penyelamat itu.

“Program itu perlu terus diadakan pada masa depan, kalau boleh lebih banyak agensi menganjurk­annya seperti Jabatan Penjara dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM),” katanya.

Dalam pada itu, rakannya yang hanya dikenali Hanum, 16, berkata, demonstras­i menyelamat­kan diri ketika kebakaran kediaman boleh dijadikan panduan dan pengalaman berguna sekiranya berdepan dengan kejadian sebenar.

“Ketika kebakaran, mangsa perlu merangkak menyelamat­kan diri dan mengelak daripada menyedut asap tebal yang boleh menyebabka­n mangsa lemas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi, Suhaimi Ahmad, berkata ini kali pertama pihaknya menerima kunjungan kanak-kanak daripada Rumah Anak Yatim Sultanah Hajjah Kalsom.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Kanak-kanak Rumah Anak Yatim Sultanah Hajjah Kalsom melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi di Kuantan, semalam.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Kanak-kanak Rumah Anak Yatim Sultanah Hajjah Kalsom melawat ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Bukit Ubi di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia