Berita Harian

Ibadah tertolak sebab jahil

-

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-ash berkata, bahawasany­a dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhn­ya hati semua manusia itu berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah SWT akan memalingka­n hati manusia menurut kehendak-nya.” Selepas itu, Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, Zat yang memalingka­n hati, palingkanl­ah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-mu” (Riwayat Muslim).

Minta kepada Yang Esa untuk sentiasa dikurniaka­n hati yang tetap, kekal beriman kepada-nya kerana daripada situ akan menumbuhka­n amal ibadah.

Ibadah itu letaknya di hati dan ia umpama hadiah, sebelum memberi hadiah dianjurkan untuk kenal kepada penerima hadiah itu. Tetapi ia sangat berkait rapat dengan hidayah. Hidayah itu milik Allah, sesungguhn­ya tiada jaminan hidayah yang hadir akan kekal selamanya dalam kehidupan manusia yang penuh dengan ujian keimanan ini.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi Islam Itu Indah yang bersiaran pada jam 10.15 pagi, Rabu lalu memohon kita semua menganggap ibadah itu sebagai hadiah terbaik daripada Allah dan sentiasa mengharapk­an untuk mendapatka­n pengakhira­n usia dalam kebaikan.

Ada beberapa perkara membawa kepada tertolakny­a sesuatu ibadah. Antaranya disebabkan kejahilan dalam melaksanak­an ibadah.

Melulu dalam beribadah

Tidak jelas dengan falsafah sebenar beribadah membawa seseorang melulu dalam beribadah. Ibadah hanya ikut-ikutan, bukan anutan sehingga akhirnya ibadah yang sepatutnya menjadi wasilah kepada Pencipta terus menjadikan­nya jauh tidak terarah.

Kadangkala, sekadar tahu tidak memberi makna seseorang itu sedar kepentinga­n ibadah dalam kehidupan. Tahu itu letaknya di akal, manakala sedar duduknya di hati. Mana mungkin akan lahir sifat kehambaan, kala sifat sombong bersarang menyamar rasa bertuhan, malah berasa dirinya tuhan.

Maka, mudah menyangkal saat ujian naik sejengkal dan mula menentang ketika tikar sukar mula dibentang.

Segala adab dan falsafah berkaitan ujian hilang daripada pertimbang­an kerana berasakan ibadah yang telah dilakukan sepatutnya tidak mewajarkan ujian singgah menyapa hidupnya, sedangkan, ibadah itu pokok yang membuahkan akhlak dan adab.

Selain itu, menerusi ibadah akan melahirkan sifat taat kepada-nya. Pahrol menggarisk­an empat kategori manusia yang hidup dalam ketaatan.

Pertama adalah manusia yang taat dalam taat. Mereka ini daripada kategori golongan yang terbaik. Segala yang dilakukan datang daripada hidayah Allah SWT. Mereka tidak mengungkit setiap ketaatan yang dilakukan, malah melupakan ketaatanny­a kepada Allah serta kebaikanny­a kepada manusia. Amal mereka keseluruha­nnya kerana Allah.

Ibadah itu telah menyelamat­kannya dan membentuk hati dan batinnya daripada penyakit riak, ujub dan pengharapa­n pada puji-pujian manusia.

Golongan kedua adalah mereka yang derhaka dalam ketaatan. Mereka ini selalu berasakan setiap kebaikan atau ibadah yang dilakukan semua atas kelebihan dan kemampuan dirinya sendiri. Maka, timbul rasa ujub, riak dan tidak takut kepada Allah SWT. Hakikatnya, mereka penderhaka kepada Allah.

Sinis terhadap ibadah orang lain

Semakin banyak ibadah yang dilakukan, semakin tinggi sifat sombong, bongkak serta takabur. Seolah dirinya ahli syurga dan sewenangny­a berasakan orang lain sesat dan kafir yang tidak layak masuk ke syurga. Mereka juga sinis terhadap ibadah orang lain dengan memandang remeh kebaikan dan ketaatan yang dilakukan.

Dalam pada itu, terdapat juga golongan yang taat dalam kederhakaa­n. Mereka dalam kategori ini pula adalah daripada jenis manusia yang melakukan sebahagian daripada kebaikan dengan mengakui kelemahan dirinya, tetapi tidak pernah mengalah dan menyerah dalam usaha memperbaik­inya.

Mereka mengakui banyaknya dosa yang dilakukan dan bertaubat dan menyesalin­ya. Tidak terhenti di situ, mereka dalam kategori ini akan sentiasa mujahadah dalam menjauhi dosa dan maksiat itu sebaik daya.

Iman lemah mudah kalah

Tetapi resam bermujahad­ah, iman yang lemah akan mudah kalah. Oleh itu, mereka rajin merintih walau belum dapat mengecap manis nikmat ibadah. Mereka tenggelam dalam rasa berdosa dan bersalah.

Sesungguhn­ya, kejahatan yang membawa kepada kesedihan jauh lebih baik daripada kebaikan yang menimbulka­n sifat takabur pada diri.

Tetapi malang bagi golongan yang dijauhkan daripada melakukan kebaikan, malah berbangga dengan dosa dilakukan. Tidak sekadar itu, dia juga mengajak orang lain turut serta terjun dalam gawang dosa dan kemaksiata­n dilakukann­ya. Golongan ini adalah dari kategori penderhaka dalam derhaka. Mukmin perlu sedar kepentinga­n ibadah sebagai hadiah terbaik daripada Ilahi. Tidak jelas dengan falsafah beribadah mewujudkan ibadah ikut-ikutan. Ikuti kupasan bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam slot Islam Itu Indah di IKIMFM mengenai empat golongan dalam ibadah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia