Berita Harian

Adab hidup berjiran makin terhakis

-

Tidak seperti beberapa dekad lalu, hubungan antara jiran tetangga kian terhakis berikutan kesibukan yang memaksa kita keluar pagi dan balik ke rumah sama ada petang atau malam sehinggaka­n masa untuk bersosial dengan jiran tetangga pun tiada.

Tetapi ia tidak bermaksud kita perlu mengabaika­n terus hubungan dengan jiran. Jika dahulu, bertukar-tukar juadah terutama apabila menjelang waktu berbuka pada Ramadan adalah perkara lumrah.

Namun, keadaan itu semakin berkuranga­n. Tidak dinafikan ada segelintir penduduk di taman perumahan yang sudah mula proaktif dalam mengembali­kan ukhuwah dan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat setempat dengan penganjura­n pelbagai aktiviti yang membabitka­n jiran tetangga, satu usaha yang perlu disokong.

Adab dengan jiran

Islam sendiri mempunyai garis panduan dan adab berkomunik­asi dengan jiran tanpa mengguris hati mereka.

Seperti diriwayatk­an Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan Muslimat janganlah engkau menghina seorang jiran kepada jiran tangga yang lain, sekali pun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing.” (Riwayat al-bukhari dan Muslim)

Islam melarang umatnya menghina pemberian jirannya walaupun pemberian itu sedikit. Berbaik dengan jiran menjamin kedamaian dan keharmonia­n hidup. Selain itu, tahap hubungan kejiranan adalah dianggap sampai ke taraf kekeluarga­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia