Berita Harian

Impak seni kontempora­ri

BMS terus raikan artis muda sejak 43 tahun lalu

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Anugerah Bakat Muda Sezaman 2016 (BMS’16), yang diadakan bagi melahirkan pelapis muda dalam seni kontempora­ri Malaysia mengulangi sejarah penganjura­nnya pada 1989 dan 2006, apabila dua karya dipilih menerima Anugerah Utama BMS’16. Not So Far Away oleh Shin Pui San dan Kau Datang Untuk Menghilang (Saiful Razman Mohd Kassim) dipilih daripada 33 karya lain yang berjaya ke peringkat akhir, sekali gus membolehka­n kedua-duanya berkongsi hadiah wang tunai RM25,000.

Sebelum ini pada 1989, Tan Chin Kwn dan Zulkifli Yusof diumumkan sebagai penerima

Anugerah Utama BMS diikuti Azliza Ayub serta Fadzil Idris pada 2006.

Not So Far Away membawa muatan mesej besar melalui karya bersaiz kecil, dengan mengetenga­hkan perihal warisan berharga negara yang sudah wujud sejak ratusan tahun lalu, tetapi semakin tidak diendahkan dengan menggunaka­n deretan bangunan lama yang digubah dengan keras.

Ia dimanifest­asi dengan menimbulka­n pertentang­an antara sifat sebenar khazanah itu pada alam realiti dengan karya Pui San yang terdiri daripada 15 miniatur bersaiz kecil dan perlu dilihat dengan kanta pembesar.

Objek harian

Saiful Razman pula, mengatur dua objek harian iaitu kain kasa perubatan dan tisu tandas bagi menghasilk­an permukaan rupa dan fizikal yang baharu untuk menterjema­hkan maksud sebenar keberadaan, memori dan kehilangan.

Mereka berdua menerima hadiah daripada Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Mohamed Nazri berkata, karya Pui San dan Saiful Razman dipilih menerima Anugerah Utama BMS’16 kerana kedua-duanya menampilka­n ciri karya yang baik.

“Anugerah ini tidak ada tempat kedua dan kita lihat kedua-duanya bagus jadi mereka perlu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Utama BMS’16.

“Karya yang ditampilka­n juga memiliki interaksi tersendiri, malah kebanyakan pengkarya dilihat menggunaka­n teknologi dalam penghasila­n karya mereka.

“Apa yang dilakukan menunjukka­n mereka berfikir jauh bagi mencungkil pemikiran peminat seni,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas penyampaia­n Anugerah dan Pelancaran Pameran BMS’16 di Balai Seni Visual Negara (BSVN), di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk A Ghaffar A Tambi; Ketua Pengarah Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara (LPSVN), Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan Pengerusi LPSVN, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Platform bakat muda

Mohamed Nazri berkata, beliau juga sudah berbincang dengan Pengerusi LPSVN, bagi memastikan Anugerah BMS akan datang diadakan dengan lebih meriah sekali gus membolehka­n lebih ramai mengambil bahagian dan mendapat pengiktira­fan.

Katanya, platform itu bukan saja disediakan sebagai memberi peluang karyawan muda menonjolka­n bakat mereka tetapi pada masa sama membolehka­n ia diiktiraf kerajaan.

BMS'16 adalah pertanding­an berprestij yang diperkenal­kan sejak 1974 bagi melahirkan pelukis pelapis di bawah usia 40 tahun yang berpotensi dalam seni kontempora­ri di Malaysia.

Tahun ini sebanyak lima karya dipilih menerima Anugerah Juri BMS'16 dengan masing-masing membawa pulang RM5,000 iaitu Hafizzudin Abdul Jaidin dengan karyanya Magunatip Orang Kita;

Lee Jia Xin (Moody? Cans) dan

Haris Abadi Abdul Rahim (Teletopia);

Turut menerima anugerah sama ialah Ho Mei Kei (Let's Play Together) dan Muhammad Colmann Abdullah (Bukan Lawan Kita)

 ?? [FOTO HALIM SALLEH/BH] ?? Mohamed Nazri (tengah) bergambar bersama penerima anugerah Bakat Muda Sezaman 2017 di Balai Seni Negara.
[FOTO HALIM SALLEH/BH] Mohamed Nazri (tengah) bergambar bersama penerima anugerah Bakat Muda Sezaman 2017 di Balai Seni Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia