Berita Harian

6,000 pendatang Libya diselamat

Perubahan cuaca punca lebih ramai pelarian cuba ke Eropah

-

Lebih 6,000 pendatang berjaya diselamatk­an di tengah Laut Mediterran­ean ketika dalam perjalanan dari Libya menuju ke Itali, dalam tempoh beberapa hari lalu. Perkara itu didedahkan Pertubuhan Antarabang­sa bagi Pendatang (IOM) semalam, susulan ramai pendatang menggunaka­n jalan laut untuk ke Eropah berikutan cuaca panas.

Jurucakap IOM, Joel Millman dalam sidang media berkata, kirakira 500 pendatang dipercayai lemas sejak awal tahun ini, termasuk 22 kematian yang dilaporkan oleh pengawal pantai Libya.

Beliau berkata, lebih 20,000 pendatang sudah selamat tiba di Eropah, terutama di Itali.

“Walaupun bulan Mac belum berakhir, kami terpaksa berdepan dengan jumlah pendatang yang tiba lebih ramai berbanding sebelum ini.

“Ia bukan suatu perkara yang biasa untuk kami menerima jumlah pendatang yang ramai, termasuk jumlah kematian yang berlaku dalam proses itu,” katanya.

Rentas sempadan secara haram Toronto,

Sementara itu, di peningkata­n jumlah tuntutan status pelarian dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah yang direkodkan di Kanada adalah yang tertinggi sejak 2011.

Difahamkan, satu per lima individu yang membuat tuntutan itu didapati merentasi sempadan secara haram.

Peningkata­n pemohon suaka ke Kanada itu berlaku selepas pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sebelum ini berjanji memberkas pelarian dan pendatang tanpa dokumen.

Sementara itu, Kerajaan Persekutua­n Kanada dikritik pihak pembangkan­g kerana mengambil pendekatan tunggu dan lihat ketika berdepan kemasukan pelarian itu.

Tinjauan yang dijalankan oleh Reuters/ipsos itu mendapati hampir separuh warga Kanada mahu pendatang yang masuk ke negara itu secara haram dihantar pulang ke negara masing-masing.

Menurut statistik yang dikeluarka­n semalam, menunjukka­n 5,520 individu memfailkan tuntutan status pelarian di Kanada pada Januari dan Februari lalu.

Peningkata­n pemohon suaka akan menjadikan keseluruha­n 33,000 tuntutan status pelarian difailkan di Kanada dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini dan ia adalah peningkata­n sebanyak 40 peratus berbanding tahun lalu.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Sebahagian daripada 946 pelarian yang berjaya diselamatk­an di Laut Medditerra­nean menunggu untuk diturunkan di Pelabuhan Catania, di Kepulauan Sicily, semalam.
[ FOTO AFP ] Sebahagian daripada 946 pelarian yang berjaya diselamatk­an di Laut Medditerra­nean menunggu untuk diturunkan di Pelabuhan Catania, di Kepulauan Sicily, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia