Berita Harian

Bekas Presiden Haiti kena serang hendap

-

Port-au-prince: Bekas Presiden Haiti, Jean-bertrand Aristide nyaris terbunuh apabila diserang hendap semasa tampil dalam khalayak ramai sebagai saksi kes penggubaha­n wang haram.

Ketika kejadian, ratusan penyokong bekas ketua negara itu memenuhi jalan raya di Port-auprince semasa beliau membuat penampilan atas permintaan hakim.

“Kenderaan yang membawa beliau ditembak dan ia sama sahaja dengan cubaan membunuh,” kata peguam Mario Joseph yang mewakili bekas presiden itu.

Katanya, tembakan itu dilepaskan pada pintu belakang penumpang di bahagian Aristide berada.

Seorang cedera

“Beliau terselamat tetapi seorang lain tercedera dan mangsa kini dirawat di hospital,” kata peguam itu.

Aristide yang dipaksa melepaskan kuasa dan meninggalk­an negara pada tahun 2004, jarang menonjolka­n diri dalam khalayak ramai sejak pulang dari buangan di Afrika Selatan pada 2011.

“Beliau yang kini berusia 63 tahun memberi keterangan selama lebih dua jam dan menjawab segala soalan dikemukaka­n.

“Hakim sedang menjalanka­n siasatan ke atas Ketua Keselamata­n, Jean Anthony Nazaire yang berkhidmat semasa Aristide menjadi presiden.

“Itu yang menyebabka­n Aristide perlu hadir bagi memberi keterangan,” jelas Joseph.

Susulan penampilan Aristide itu, orang ramai turut berhimpun bagi mengiringi beliau di sepanjang perjalanan, malah ada yang mengibarka­n gambar wira mereka itu.

Tiga belas tahun selepas dipaksa melepaskan kuasa, Aristide yang diberi jolokan ‘Titid’ masih dihormati dan disegani ramai berbanding ahli politik Haiti yang lain.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Aristide (tengah) disambut penyokongn­ya ketika tiba di mahkamah, semalam bagi memberi keterangan kes penggubaha­n wang haram.
[ FOTO AFP ] Aristide (tengah) disambut penyokongn­ya ketika tiba di mahkamah, semalam bagi memberi keterangan kes penggubaha­n wang haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia