Berita Harian

Jepun tawar diskaun pengebumia­n

Usaha halang warga emas memandu bagi kurangkan kemalangan

-

Polis Jepun meningkatk­an usaha mencegah kemalangan yang berpunca daripada pemandu warga emas dengan menawarkan diskaun pakej pengebumia­n.

Tawaran diskaun itu bertujuan menggalakk­an golongan itu berhenti memandu dan menyerahka­n lesen mereka.

Langkah itu diambil berikutan peningkata­n kemalangan maut membabitka­n pemandu berusia di negara itu.

Difahamkan, jumlah penduduk warga emas Jepun kian meningkat dan kira-kira 4.8 juta orang berusia 75 tahun atau ke atas masih mempunyai lesen memandu.

November lalu, seorang kanakkanak lelaki berusia enam tahun maut, manakala 11 mangsa lain cedera selepas seorang pemandu berusia 87 tahun melanggar kanakkanak yang dalam perjalanan ke sekolah, ketika memandu sebuah trak pikap.

Perlu lepasi ujian kognitif

Susulan itu, Jepun memperkena­lkan satu peraturan baharu, bulan ini, yang memerlukan pemandu berusia 75 tahun dan ke atas melepasi ujian kognitif ketika memperbaha­rui lesen mereka.

Ketika ini, sebuah syarikat perkhidmat­an pengebumia­n di tengah Jepun menawarkan diskaun 15 peratus kepada pemandu warga emas yang menyerahka­n lesen mereka, mulai bulan ini.

“Kami mahu membantu mencegah kematian disebabkan kemalangan seperti ini,” kata wakil syarikat pengebumia­n, Heiankaku, Shigenori Ariga.

Ariga berkata, diskaun itu ditawarkan selepas ada permohonan daripada pejabat polis tempatan di bandar Ichinomiya di wilayah Aichi, lokasi perniagaan pengebumia­n itu ditawarkan.

Diskaun itu diberikan untuk altar pengebumia­n, kata Ariga, sambil menambah pemandu warga emas boleh mendapat penjimatan minimum sebanyak 56,000 yen (RM2,215).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia