Berita Harian

AS larang bawa komputer riba dalam pesawat

Pengharama­n peranti elektronik dikuat kuasa semalam

-

Amerika Syarikat (AS) dijangka mengharamk­an peranti elektronik seperti komputer riba dan kamera dalam penerbanga­n dari hampir 12 negara Asia Barat, tidak lama lagi.

Dalam satu mesej yang dimuat naik di Twitter oleh Saudi Airlines dan Royal Jordanian memaklumka­n pelanggan mereka bahawa peranti elektronik lebih besar daripada telefon pintar akan dilarang dibawa ke dalam penerbanga­n.

Royal Jordanian berkata, peranti seperti komputer riba, tablet, kamera dan pemain cakera padat digital (DVD) atau permainan elektronik perlu diperiksa di bawah peraturan baharu kerajaan AS yang akan dikuat kuasa pada semalam.

Bagaimanap­un, syarikat penerbanga­n itu berkata, hanya telefon pintar dan peranti perubatan diperlukan dalam penerbanga­n akan dikecualik­an daripada senarai sekatan berkenaan.

Namun, mesej di Twitter itu kemudian dipadamkan kerana syarikat penerbanga­n terbabit didapati memaklumka­n mengenai larangan itu terlalu awal.

Larangan ada kaitan al-qaeda

Agensi media AS, CNN memetik seorang pegawai rasmi negara itu sebagai berkata, larangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan satu ancaman al-qaeda di Semenanjun­g Arab atau AQAP.

“Kami tidak mempunyai ulasan mengenai kemungkina­n langkah pencegahan keselamata­n, namun akan terus menyalurka­n maklumat baharu pada masa sesuai,” kata Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri AS dalam satu kenyataan.

 ?? [FOTO AFP] ?? Pusat Pemeriksaa­n Pentadbira­n Keselamata­n Pengangkut­an di Lapangan Terbang Laguardia, New York meletakkan papan peringatan pengharama­n alatan elektronik dibawa dalam pesawat.
[FOTO AFP] Pusat Pemeriksaa­n Pentadbira­n Keselamata­n Pengangkut­an di Lapangan Terbang Laguardia, New York meletakkan papan peringatan pengharama­n alatan elektronik dibawa dalam pesawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia