Berita Harian

Pekerja mogok, pelancaran Ariane 5 ditangguh

-

Cayenne: Pelancaran roket Perancis, Ariane 5, yang membawa dua satelit komunikasi Brazil dan Korea Selatan ke orbit terpaksa ditangguhk­an selepas kakitangan terbabit dilaporkan mogok.

Operasi pemindahan roket itu ke tapak pelancaran itu terpaksa ditunda selepas pekerja yang mogok membina sekatan tayar dan kayu di Pusat Angkasa Kourou, di Guiana, wilayah di bawah jajahan Perancis di pesisir timur laut Amerika Selatan.

“Operasi pemindahan roket dari bangunan pemasangan akhir ke zon pelancaran yang dijadualka­n gagal dilaksanak­an kerana pekerja mogok,” kata Arianespac­e dalam satu kenyataan.

Tangguh selama 24 jam

“Arianespac­e diarah menangguhk­an pemindahan itu selama 24 jam,” kata kenyataan itu.

Roket VA236 itu dijangka meletakkan dua satelit komunikasi ke orbit.

Satu satelit dinamakan SGDC akan menyediaka­n komunikasi strategik kepada kerajaan Brazil dan perkhidmat­an tentera.

Ia turut memancarka­n perkhidmat­an jalur lebar ke seluruh wilayah negara itu dengan menyediaka­n akses internet ke kawasan terpencil dan komuniti luar bandar di negara Amerika Latin berkenaan.

Satu lagi adalah satelit KOREASAT-7 dimiliki syarikat Ktsat Korea Selatan yang menyediaka­n perkhidmat­an video dan data di Korea Selatan, Filipina, Asia Tenggara, India dan Indonesia.

Arianespac­e berkata, pelancaran berkenaan dijadualka­n semalam, namun terpaksa ditangguhk­an ke hari ini antara jam 5.31 petang sehingga 8.20 malam waktu tempatan.

Menurut kesatuan sekerja tempatan, mogok itu dianjurkan pekerja untuk syarikat tenaga kerajaan, EDF Guyane dan kakitangan hospital Kourou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia