Berita Harian

Kvitova sudah boleh hayun raket

-

Prague: Petra Kvitova boleh kembali memegang raket selepas menanggung kecederaan parah tiga bulan lalu susulan diserang penceroboh dengan pisau, namun belum ada tarikh khusus baginya kembali ke gelanggang, kata jurucakapn­ya awal pagi semalam.

Juara dua kali Wimbledon itu cedera di tangan kiri ketika bergelut dengan pencuri yang menggunaka­n pisau di rumahnya di bandar timur Republik Czech, Prostejov, Disember lalu.

Pemain berusia 27 tahun itu menjalani pembedahan kecemasan selama kira-kira empat jam untuk membaiki tendon dan kerosakan saraf.

“Petra dapat menggunaka­n tangannya untuk aktiviti harian tanpa masalah,” kata jurucakap, Karel Tejkal kepada AFP, sambil memaklumka­n pemain itu masih mengekalka­n kecergasan­nya.

Tarikh tepat

“Sudah tentu tangannya masih lemah namun sekali imbas anda tidak boleh lihat dia mengalami kecederaan.”

Doktor sebelum ini menjangkak­an bintang Republik Czech yang menghuni di ranking ke-15 dunia, tidak boleh kembali ke pentas kejohanan sebelum pertengaha­n tahun ini.

“Buat masa ini tidak ada siapa dapat memberikan tarikh tepat,” kata jurucakap itu. “Pemulihan Petra berjalan seperti dirancang, setakat ini tiada komplikasi, tetapi tunggu masa yang sesuai untuk dia kembali.”

Tambahnya, pemulihan psikologi Kvitova sangat menggalakk­an dan dia sudah menjalani latihan kecergasan di Kepulauan Canary.

Identiti penceroboh yang melakukan serangan belum dikenal pasti pihak polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia